Resepi Puding Roti Pelangi Viral



Sebaran :


Resepi Puding Roti Pelangi

Hari ni kita cuba buat puding roti pelangi pula. Pasti ramai yang akan terpikat dengan puding viral ni.

Rasanya amat sedap dan pastikan ia sejuk bila dimakan.



Bahan-bahan

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
10 gram serbuk agar2
1/2 cawan gula – boleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air (guna cwn biasa 230ml).
Pewarna merah, kuning dan hijau. (terpulang masing2)

Cara-cara:



Didihkan 3 cawan air, serbuk agar agar dan gula ke dalam periuk.

Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yang sudah dididih tadi.

Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.



Bahagi kepada 3. masukkan warna pilihan dan kacau sebati.
Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah tengah loyang. Kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi. Biarkan puding bergerak sendri ke tepi. Tak payah ratakan atau kacau.

Kemudian ambil pula warna kuning tuang di atas warna hijau pula. Ulang semula warna merah dan buat hingga habis. Ketika [email protected]’marble’kan, hendaklah dengan cepat sebab puding ini mudah sejuk membeku.

Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.



Azie Kitchen


Sebaran :


Leave a Reply