Anak CFO Dialog Group Bhd nafi ibu terlibat kontroversi LCS
Anak CFO Dialog Group Bhd nafi ibu terlibat kontroversi LCS
Anak perempuan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) di syarikat minyak dan gas, Dialog Group Bhd, Zainab Mohd Salleh menafikan dakwaan bahawa ibunya adalah wanita yang dinamakan terbabit dalam kontroversi projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).
Syaza Nazura berkata, nama Zainab Mohd Salleh yang terkandung dalam laporan Kertas Paradise berkaitan LCS merujuk kepada isteri Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
Menurutnya, kebetulan nama ibunya sama dengan nama individu yang dinyatakan dalam laporan itu, namun hakikatnya kedua-dua mereka adalah berbeza.
“Zainab Mohd Salleh dalam Paradise Papers merujuk kepada pasangan Ahli Parlimen Mersing dan bukannya CFO Dialog Group Bhd.
“Zainab berkahwin dengan Perunding Ginekologi dan Onkologi di Pusat Perubatan Ara Damansara (ADMC), Dr Noor Azmi Mat Adenan,” ciapnya menerusi Twitter pada Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai membalas ciapan Twitter Presiden Parti Aspirasi Sains Malaysia, Kenneth Chai yang mendakwa Zainab yang bertugas di firma berkenaan adalah wanita terlibat dalam dakwaan salah laku berkaitan projek LCS.
Sebelum itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan skandal LCS melibatkan Abd Latiff dan ahli keluarganya.
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, ahli keluarga yang dimaksudkannya adalah isteri kepada Abd Latiff iaitu individu bernama Zainab Mohd Salleh.
Syaza Nazura berkata, apabila Kenneth melakukan carian di enjin carian Google, nama dan maklumat ibunya mungkin perkara pertama yang muncul di Google tetapi ibunya bukan satu-satunya individu yang tersenarai.
“Kamu seorang ahli sains dan penyelidik. Sila lakukan penyelidikan awak dengan betul sebelum berusaha keras untuk menjadi orang pertama yang ‘membongkar’ kebenaran.
“Padamkan tweet kamu dan siarkan permohonan maaf secara terbuka dan minta pengikut kamu yang juga telah memfitnah nama ibu saya untuk meminta maaf,” ujarnya.
Bagaimanapun, Syaza Nazura berkata, dia tidak mengatakan Rafizi salah orang.
“Apa yang Rafizi cakap itu, betul tak betul saya tak kisah. Saya kisah bila orang sebut dan guna nama serta gambar mak saya. Betul ke tak Zainab Salleh lain, saya tak tahu,” jelasnya. Sinar
Anak CFO Dialog Group Bhd nafi ibu terlibat kontroversi LCS
Baca Artikel Menarik:
- Letupan kecil di Pavilion KL akibat litar pintas
- Neelofa mohon maaf salah panggilan ‘boy’
- Lelaki jual donat 10 sen sebiji seronok niaga sambil sedekah
- Pengasas Majalah Gila-Gila meninggal dunia pada usia 75 tahun
- Saya dengan presiden sangat rapat – Ismail
- Kaitkan rasuah dengan etnik tertentu tindakan dangkal – Lian Ker
- Doktor Ini Jawab Tular Di TikTok Konon Air Coke Mampu Legakan Batuk! Boleh Ke? [VIDEO]
- Nahas di tapak ECRL, lelaki maut kepala digilis lori sendiri
- Wanita tikam suami curang, rebus mayat dalam periuk
- Wanita buat senaman perut sambil tergantung di tepi pesawat
- Wanita berhabis RM265,000 untuk jadi kembar Kim Kardashian
- Lelaki mati ditembak lapan das depan pagar rumah
- Pegawai imigresen ‘halau’ orang awam ditukar serta-merta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.