Ahli Parlimen Australia kelahiran Muar, Sam Lim beri ucapan sulung dalam bahasa Melayu

Ahli Parlimen Australia kelahiran Muar, Sam Lim beri ucapan sulung dalam bahasa Melayu

Ahli Parlimen Australia kelahiran Muar, Sam Lim memberikan ucapan ringkas, namun ia menyentuh hati kerana disampaikan dalam bahasa Melayu menerusi ucapan sulungnya di Parlimen Australia sejak pemilihannya pada Mei.

Lim yang merupakan bekas polis, memberitahu Dewan Perwakilan Australia bahawa beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dalam dua bahasa pertama yang dipelajarinya – Bahasa Melayu dan Mandarin.



“Kepada semua saudara-saudara yang berada di Malaysia, Australia dan di seluruh pelusuk dunia, terima kasih atas semua perhatian dan berkat yang telah anda sekalian berikan kepada saya.

“Terima kasih atas semua dukungan dan bantuan anda semasa pilihan raya di Australia,” kata Lim, yang merupakan Ahli Parlimen Tangey di Perth, Australia Barat.

Video ucapannya dimuat naik oleh Ahli Parlimen, Tim Watss di akaun Twitternya.

Watts memuji Lim kerana ucapannya dalam pelbagai bahasa, sambil berkata ia mencerminkan kepelbagaian yang berkembang pesat dalam komuniti tempatan Australia.



Lim, calon Parti Buruh, menewaskan Ben Morton dari Parti Liberal dengan margin 9.5% pada Mei, ketika Buruh menamatkan hampir sedekad pemerintahan konservatif oleh gabungan Liberal-Nasional dalam pilihan raya parlimen persekutuan.

Dalam keputusan yang disifatkan tidak dijangka itu, kemenangan Lim adalah sebahagian daripada gelombang sokongan kepada calon yang berkempen untuk tindakan yang lebih terhadap perubahan iklim kerana konservatif telah dihukum oleh pengundi di negeri itu dan kerusi di kawasan bandar mewah.

Dalam satu temubual dengan FMT pada Disember 2020, Lim berkata, beliau adalah bekas pegawai polis di Malaysia yang berhenti selepas dua tahun kerana gaji yang rendah.

Beliau berhijrah ke Australia pada 2002 bersama isteri dan tiga anaknya, dan melakukan apa yang digemarinya- menyertai polis Australia Barat pada usia 45 tahun.



Beliau dinamakan sebagai pegawai polis terbaik Australia Barat 2020 kerana khidmatnya untuk komuniti migran.

Lim adalah orang kedua kelahiran Malaysia yang menjadi Ahli Parlimen persekutuan Australia. Penny Wong, dilahirkan di Kota Kinabalu, telah dipilih ke Dewan Negara, mewakili Australia Selatan, sejak 2002.

Beliau dipilih sebagai menteri luar Australia selepas parti Buruh mengambil alih kuasa pada Mei. FMT

Ahli Parlimen Australia kelahiran Muar, Sam Lim beri ucapan sulung dalam bahasa Melayu




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)



Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker