Peguam Syed Saddiq gagal cabar kredibiliti saksi


Peguam Syed Saddiq gagal cabar kredibiliti saksi

Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan pasukan pembelaan yang mewakili Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mencabar kredibiliti saksi utama pendakwaan dalam kes pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunakan harta yang dihadapinya.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas berpuas hati tiada percanggahan yang material di antara keterangan lisan Rafiq Hakim Razali dengan percakapan yang direkodkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berpendapat, hanya wujud perbezaan kecil yang tidak terjumlah kepada perbezaan material atau percanggahan yang serius yang memerlukan prosiding mencabar kredibiliti saksi diteruskan.



Mahkamah memutuskan demikian selepas meneliti keterangan lisan Rafiq yang ketika itu Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan percakapan yang direkodkan oleh SPRM.

Pada 25 Julai lalu, beliau mengarahkan pasukan pendakwaan menyerahkan kepada mahkamah salinan rakaman percakapan Rafiq yang juga saksi pendakwaan ke-13 yang direkodkan oleh SPRM pada 2020 lalu.

Ketika itu, mahkamah belum memutuskan sama ada salinan percakapan saksi itu akan diberikan kepada pihak pembelaan dan arahan itu adalah bagi penelitian sebelum tindakan lanjut ditentukan.

Pada 22 Julai lalu, pihak pembelaan mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pernyataan saksi utama itu untuk dijadikan asas bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding mencabar kredibiliti beliau pada perbicaraan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapi oleh Syed Saddiq.



Permohonan semalam merupakan percubaan kedua pasukan pembelaan untuk mencabar kredibiliti Rafiq selepas permohonan terdahulu ditolak pada 18 Julai lalu.

Ketika itu pasukan pembelaan memohon mendapatkan pernyataan saksi untuk dijadikan asas bagi prosiding mencabar kredibilitinya selepas mendapati pernyataan itu bercanggah dengan keterangan lisan di mahkamah.

Dalam keterangannya awal bulan ini, Rafiq memberitahu mahkamah bahawa Syed Saddiq telah memintanya untuk mengeluarkan RM1 juta ketika satu mesyuarat di rumah tertuduh di Petaling Jaya pada Mac 2020.

Namun, ketika pemeriksaan balas, Rafiq berkata Syed Saddiq hanya menyebut jumlah RM1 juta itu dalam satu panggilan telefon.



Syed Saddiq sedang dibicarakan terhadap pertuduhan pindaan bersubahat dengan Rafiq melakukan pecah amanah dana berjumlah RM1 juta sebuah parti politik dengan menyalahgunakan dana tersebut.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020. Utusan

Peguam Syed Saddiq gagal cabar kredibiliti saksi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat



Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker