Zainab bukan isteri saya, Latiff nafi dakwaan Rafizi

Zainab bukan isteri saya, Latiff nafi dakwaan Rafizi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abd Latiff Ahmad menafikan dakwaan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang isterinya terbabit dalam penyelewengan projek kapal tempur pesisir (LCS).

“Merujuk kepada laporan berita yang tular berkaitan siasatan projek LCS, saya menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya seperti mana dinyatakan dalam berita tersebut,” katanya dalam kenyataan.



Katanya, sebagai anggota Kabinet, beliau bersedia memberikan kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan lanjut.

Terdahulu, Rafizi mendakwa kononnya isteri Latiff sebagai pemilik dua syarikat yang didakwa menyeleweng dana projek LCS bernilai RM9 bilion.

Katanya, kedua-dua syarikat itu mempunyai nama yang serupa dengan sebuah syarikat Perancis. Syarikat-syarikat tersebut telah didaftarkan sebagai syarikat luar pesisir di Malta dan Labuan.

Katanya, individu tersebut, yang dilantik sebagai perunding teknikal dan pembekal alat ganti, menghantar invois bagi kerja-kerja yang tidak dilaksanakannya. Akibatnya, sebanyak RM243 juta diseleweng.



Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen memaklumkan Putrajaya membelanjakan RM6.08 bilion bagi projek LCS untuk tentera laut, tetapi tiada satu pun daripada enam kapal tersebut disiapkan atau dihantar. FMT

Zainab bukan isteri saya, Latiff nafi dakwaan Rafizi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat



Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker