Kini Selesema Tomato pula menular

SELESEMA tomato menyebabkan lepuh berwarna merah seperti buah tomato. – AGENSI

NEW DELHI – Doktor-doktor  memberi amaran mengenai virus baharu mengakibatkan demam yang  digelar ‘selesema tomato’ kini menjangkiti berpuluh-puluh kanak-kanak di India, lapor laman berita MailOnline kelmarin.

Wabak tersebut mula dikesan pada Mei lalu di negeri Kerala, selatan India, manakala pakar-pakar perubatan sedang meneliti kemungkinan selesema tomato adalah varian baharu bagi penyakit tangan, kaki dan mulut.

Setakat ini, seramai  82 kanak-kanak di bawah umur lima tahun disahkan menghidap  selesema tomato sejak Mei lalu sementara   26 lagi kanak-kanak berusia sehingga umur 10 tahun juga disyaki  telah dijangkiti.

Penyakit itu  mendapat namanya kerana  ‘letusan’  lepuh merah yang menyakitkan  muncul di seluruh badan pesakit  dan beransur-ansur membesar menjadi saiz  buah tomato.



Kebanyakan pesakit  mengalami demam panas dan sakit sendi yang teruk, namum simptom lain seperti  keletihan, sakit dan cirit-birit  juga dilaporkan.

Doktor-doktor mengatakan bahawa selesema tomato sangat mudah berjangkit dan bimbang penyakit itu boleh menular dalam kalangan populasi  orang dewasa jika wabak semasa tidak dapat dikawal.

Wabak selesema tomato muncul ketika dunia masih bergelut dengan pandemik Covid dan penularan  cacar monyet.

“Kanak-kanak menghadapi peningkatan risiko terdedah kepada selesema tomato kerana jangkitan virus adalah mudah dalam kumpulan umur ini dan penyebaran berlaku mungkin melalui sentuhan dan kontak rapat.



“Anakkecil juga mungkin terdedah kepada jangkitan melalui penggunaan lampin, sentuhan  dengan permukaan tidak bersih dan  memasukkan barang ke dalam mulut.

“Memandangkan persamaannya  dengan penyakit tangan, kaki dan mulut, wabak selesema tomato pada kanak-kanak mungkin membawa akibat yang serius dan merebak kepada orang dewasa sekiranya tidak dikawal dan dicegah ” kata beberapa doktor yang menulis dalam jurnal saintifik The Lancet Respiratory Medicine.

Gejala utama  pada kanak-kanak yang menghidap  selesema tomato juga menyerupai chikungunya  iaitu penyakit bawaan virus mirip demam denggi dan  disebarkan oleh nyamuk Aedes serta endemik di beberapa bahagian di India.

Kesemua  82 kanak-kanak yang disahkan menghidap selesema tomato pada mulanya diuji negatif untuk demam denggi, chikungunya, virus zika, virus varicella-zoster dan herpes.



Selain  lepuh, pesakit mengalami keletihan, loya, muntah, cirit-birit, demam, dehidrasi, bengkak sendi dan sakit badan.

Pada masa ini, tiada kit ujian atau rawatan untuk virus itu.

Pakar-pakar perubatan berkata,  semua pesakit perlu diasingkan selama lima hingga tujuh hari dari permulaan simptom dan perlu  berehat, minum banyak air di samping mengambil ubat paracetamol.

Span yang dicelup dalam air suam boleh digunakan untuk membantu melegakan kerengsaan akibat ruam.



Virus itu pertama kali dikesan di Kollam, timur Kerala pada 6 Mei lalu.

Jangkitan juga  direkodkan di tiga kawasan  lain di Kerala  iaitu  Anchal, Aryankavu, dan Neduvathur.

Selain itu, sebanyak 26 lagi jangkitan dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak berumur satu tahun hingga sembilan tahun di negeri Odisha, timur laut India.

Jabatan Kesihatan Kerala sedang memantau  penularan dan meletakkan negeri jirannya,  Tamil Nadu dan Karnataka  dalam keadaan berjaga-jaga.



Bagaimanapun, pakar-pakar perubatan berkenaan  dari Kolej Farmasi L. M. di Gujarat, India  dan Universiti Victoria di Melbourne, Australia, berkata, virus selesema tomato tidak mengancam nyawa.

Semua pesakit yang direkodkan  telah pulih secara semula jadi dalam masa satu minggu hingga  dua minggu.

Asal-usul jangkitan itu masih tidak jelas. Walaupun beberapa simptom selesema tomato seperti  demam, keletihan dan sakit bertindih dengan Covid, kedua-dua virus itu tidak berkaitan.

Pakar-pakar  perubatan sama percaya bahawa virus itu boleh menjadi varian baharu penyakit tangan, kaki dan mulut  yang kebanyakannya memberi kesan terhadap kanak-kanak kecil dan orang dewasa yang lemah sistem imunisasi badan.



Selesema tomato muncul ketika dunia bergelut dengan wabak lain di samping gelombang Covid yang berulang.

Lebih daripada 35,000 kes cacar monyet telah dilaporkan di seluruh dunia, di mana sejumlah 3,195 kes penyakit itu dilaporkan di Britain dan 14,115 lagi di Amerika Syarikat.

Sementara itu, virus Langya yang menyebabkan simptom seperti selesema telah dikesan dalam kalangan 35 orang di China. Ia  pada mulanya mencetuskan kebimbangan berulangnya wabak seperti pada 2020.

Bagaimanapun,  saintis-saintis  terkemuka  memberi jaminan kepada orang ramai bahawa  virus Langya tidak merebak dengan cepat antara manusia seperti Covid-19. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker