PRU tiba, Chin Tong kembali main wayang – Nur Jazlan

PRU tiba, Chin Tong kembali main wayang – Nur Jazlan

Timbalan Pengerusi UMNO Johor mendakwa DAP dan Pakatan Harapan (PH) menghidupkan semula wayang dan lakonan mereka apabila membangkitkan isu keadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa, isu-isu tersebut dibangkitkan kerana DAP dan PH tahu mereka sukar untuk menang dalam PRU15.



”Sebenarnya itu semua wayang dan lakonan DAP dan PH sebab mereka tahu payah nak menang besar pada PRU15 nanti. Bila mereka ungkit pasal pilihan raya adil sebelum tempoh mengundi ini, jadi mereka boleh salahkan sistem pilihan raya bila mereka kalah pada PRU15.

”PH nak tutup awal-awal kelemahan dan hakikat bahawa mereka sudah ditolak rakyat,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Dakwa beliau, Ketua DAP Johor itu mahu jadi hero padahal selepas PH menang PRU14, tidak pula timbul isu keadilan kepada SPR.

”Adakah kemenangan PH pada PRU14 juga bukan kerana ketidakadilan dalam PRU? Sampai SPR pun Chin Tong minta bersifat neutral dan berikan layanan sama rata kepada semua parti-parti yang bertanding. Habis tu adakah selama ini SPR tak bersikap berkecuali ke?,” katanya dalam kenyataan di sini.



Beliau mengulas kenyataan Chin Tong yang mahu Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengamalkan “pentadbiran neutral” dan melayan semua parti serta calon bertanding dengan saksama.

Katanya, SPR wajib memastikan undi pos disediakan kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang menetap di Semenanjung, tuntutan sama berulang kali dibuat Pakatan Harapan (PH) dan kumpulan reform pilihan raya, Bersih.

Mengulas kenyataan itu, Nur Jazlan mendakwa, tidak pernah lagi SPR melarang parti-parti tertentu daripada berkempen, mengadakan ceramah, meraih undi – asalkan mengikut ketetapan dan peraturan pilihan raya.

Nur Jazlan mengingatkan semula PH telah melantik dua ahli SPR sejak 2018, oleh itu Chin Tong tidak perlu membangkitkan perkara-perkara retorik menjelang PRU.



Secara sinis, katanya, Chin Tong jangan lupa, sebagai calon nomad pun beliau boleh menang di Dewan Undangan Negeri Perling pada Pilihan Raya Negeri Johor dan Datuk Seri Salahuddin Ayub pula menang besar di Pulai pada PRU14 kerana pilihan raya yang ‘tidak adil’ ini.

”Jadi adakah kemenangan mereka juga boleh dipertikaikan? Terlalu klise sangat isu-isu yang Chin Tong sebut tu.

”Malah NGO belaan DAP dan PH, BERSIH pun baru-baru ini saja mula nak bangkitkan pasal pilihan raya adil. Selepas parti proxy mereka menang PRU14 lalu, tak ada pula mereka turun ke jalanan untuk buat demo supaya Kerajaan PH segera rombak sistem pilihannya.

Nur Jazlan mendakwa, helah PH sama macam kisah Donald Trump dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2020.



Ketika Trump menang pemilihan presiden penggal sebelumnya, beliau puji sistem pilihan raya AS, tapi apabila beliau ditolak pengundi AS pada penggal 2020, dia melalak menyalahkan sistem pilihan raya yang pernah memenangkannya sebelum itu.

Soalnya, jika sistem pilihan raya yang ada didakwa tidak adil, mengapa PH tidak mengubahnya selama menjadi kerajaan 22 bulan.

”Ohhh mungkin ketika itu mereka lebih sibuk nak menepis dan mencari alasan untuk tak mahu tunaikan janji-janji manifesto hancing kepada rakyat,” katanya. MG

PRU tiba, Chin Tong kembali main wayang – Nur Jazlan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]



Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker