Ruhainies main kayu tiga?

Ruhainies main kayu tiga?

Pelakon sensasi, Ruhainies menjawab tuduhan konon bermain kayu tiga apabila dikaitkan dengan beberapa individu biarpun sudah mempunyai teman lelaki.

Ruhainies atau nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 30, terkejut dan sedih dengan kontroversi tercetus, apatah lagi, penyebar fitnah didakwanya tidak dapat memberi bukti kukuh.



“Saya paling tidak suka perkara seperti ini. Mereka tidak ada bukti kukuh tiba-tiba cerita itu keluar dan saya sedih.

“Siapa? Apa nama orang itu? Semua tidak tahu… Tidak ada bukti dan tidak logik tuduhan itu,” katanya dalam temu bual bersama program Melodi terbitan TV3.

Tambah Ruhainies, sebagai selebriti, dia memilih privasi sebagai langkah terbaik untuk ‘lari’ dari fitnah itu.

“Saya masih single. Saya tidak ada hubungan dengan sesiapa… Saya pilih privasi.



“Kita tak kacau orang, tiba-tiba, orang gosip saya dengan orang itu… Orang ini.

“Saya penatlah. Mentang-mentang saya ‘single’, semua orang hendak jodohkan saya. Saya mahu fokus kepada karier dan keluarga sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ruhainies ditanya status rumah tangga kakaknya yang juga pelakon, Risteena Munim bersama suami, Isa Khan yang dikatakan goyah.

Ruhainies menafikan gosip itu, sebaliknya, memaklumkan rumah tangga Risteena dan abang iparnya itu, baik.



“Apabila orang tanya, maknanya orang kisah dan sayangkan dia. Saya nampak mereka ‘lovey dovey’ macam dahulu… Sama sahaja.

“Mungkin gaduh-gaduh ‘manja’. Tetapi mereka tidak ada masalah. Alhamdulillah, okay dan mereka gembira,” katanya. Xtra

Ruhainies main kayu tiga?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya

Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah



10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]

Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker