Doktor Ini Kongsi Bahaya Choking Challenge…Cabaran Pelik Di TikTok Boleh Undang Maut

Doktor Ini Kongsi Bahaya Choking Challenge…Cabaran Pelik Di TikTok Boleh Undang Maut

KEWUJUDAN platform TikTok sememangnya sangat berpengaruh sehingga mampu membuatkan seseorang ‘ketagih’.

Tidak dinafikan ia adalah salah satu platform yang bagus jika isi kandungan serta penyampaiannya berkisarkan tentang kebaikan seperti perkongsian isu kesihatan, hal ehwal semasa dan banyak lagi.



Namun begitu sebagai pengguna, kita sepatutnya bijak untuk memilih atau ‘menapis’ kandungan video yang disiarkan kerana ada sesetengahnya tidak sesuai kerana melibatkan hal keselamatan.

Archie ditemui tidak sedarkan diri pada April lalu, dipercayai telah bermain permainan Choking Challenge.

Buktinya, sudah banyak kes dilaporkan media membabitkan individu yang maut gara-gara menyahut cabaran (challenge) yang trending di TikTok.



Baru-baru ini media Mail Online melaporkan kisah seorang kanak-kanak dari Britain, Archie Battersbee yang menghembuskan nafas terakhir pada 6 Ogos lalu, selepas menyahut cabaran ‘Choking Challenge‘ atau cabaran tercekik yang dikatakan popular di Tiktok.

Archie adalah seorang kanak-kanak yang periang dan aktif dalam ilmu seni bela diri, namun pada 7 April 2022, dia telah ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya, dipercayai telah bermain permainan Choking Challenge.

Dalam Choking Challenge, individu yang menyahut cabaran akan mengikat atau mencekik leher mereka sendiri untuk menimbulkan keadaan kurang oksigen ke otak dan ‘rasa high‘.



Kisah kanak-kanak malang itu turut mendapat perhatian daripada seorang pengamal perubatan, Dr Sakinah Sulong.

“Keadaan ini sangat bahaya kerana ia mampu menyebabkan bekalan oksigen terputus dan menyebabkan kematian dalam masa beberapa minit.

“Lima minit sudah cukup untuk buat sel otak mati, tanpa oksigen.

“Dalam kejadian ini, Archie telah dikejarkan ke Hospital Royal London dan telah menerima bantuan pernafasan setelah disahkan mengalami kecederaan otak yang teruk,” tulisnya dalam satu perkongsian di Facebook.



dr sakinah

Dr Sakinah Sulong berkongsi ulasan mengenai Choking Challenge.

Kes tersebut menjadi hangat kerana keluarga Archie sanggup ‘turun naik’ mahkamah kerana tidak bersetuju apabila pihak hospital ingin mencabut bantuan pernafasan.

Ini kerana ibu bapanya merasakan Archie perlu terus diberi bantuan pernafasan dengan harapan dia akan bangun kembali, walaupun telah diberitahu bahawa otak anak kanak-kanak tersebut telah mati dan tidak berfungsi.



Bagaimanapun, mahkamah telah menetapkan keputusan bahawa bantuan jangka hayat yang diberikan kepada Archie, berakhir pada 6 Ogos.

“Ini adalah seperti kata mahkamah, ‘for the best interest of the child’. Dengan memanjangkan jangka hayat Archie yang memang tidak mempunyai sebarang tindakbalas dan otaknya sudah tidak berfungsi, ia hanya memanjangkan tempoh dia merana.

Antara cabaran (challenge) yang berbahaya dan menjadi trending di TikTok.



“Ibarat memberi harapan palsu kepada ibu bapanya. Dan juga menafikan hak bagi pesakit lain yang memerlukan mesin ventilasi tersebut. Pastinya belanja rawatan ini juga bukan murah.

“Inilah kes yang bagi saya, kadangkala mahkamah perlu bertindak membuat keputusan ke atas anak-anak apabila ibu bapa tidak lagi mampu membuat pertimbangan yang rasional dalam urusan penjagaan anak mereka.

“Semoga keluarga ini akan menerima pemergian Archie dan akan memberi awareness tentang bahaya Choking Challenge yang berlegar di Tiktok,” kongsinya lagi.

Selain Choking Challenge, antara cabaran lain di TikTok yang telah memakan ‘korban’ adalah Blackout Challenge, Malaikat Maut dan Benadryl Challenge.

Doktor Ini Kongsi Bahaya Choking Challenge…Cabaran Pelik Di TikTok Boleh Undang Maut

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Jeslina Hashim dikecam tayang punggung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker