Doktor Imelda Minta Usah Kaitkan Dengan Kenan… Sindrom Janin ‘Ikan Duyung’, Ini Kepercayaan…

Doktor Imelda Minta Usah Kaitkan Dengan Kenan… Sindrom Janin ‘Ikan Duyung’, Ini Kepercayaan…

KECACATAN bayi dapat dilihat melalui struktur atau fungsi tubuh badan yang tidak normal selepas dilahirkan.

Kecacatan bayi sebenarnya boleh dikesan ketika tiga bulan pertama kehamilan.

Namun begitu, tidak semua kecacatan bayi adalah berbahaya. Terdapat juga kecacatan yang minor namun mungkin akan memberi kesan terhadap penampilan dan fungsi organ bayi selain menyebabkan ketidakupayaan mental dan fizikal.

Namun ada juga kecacatan bayi yang boleh mendatangkan kematian.

Ibu hamil yang mempunyai diabetes berisiko untuk perkembangan janinnya.

Konsultan Obstetrik dan Ginekologi, Dr Imelda Balchin berkongsi mengenai salah satu jenis kecacatan janin yang jarang dijumpai, dikenali sebagai sindrom ‘mermaid’ atau ikan duyung.

“Nama perubatan mermaid syndrome ialah Sirenomelia. Ini ialah kecacatan pembentukan janin di dalam kandungan sebelum ia dilahirkan.

“Sirenomelia berlaku satu dalam 100,000 kehamilan. Tetapi kebanyakannya tidak boleh hidup dan gugur atau meninggal dunia selepas dilahirkan sebab kecacatan mereka sangat serius,” kongsinya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurutnya Dr Imelda, apa yang terjadi ialah kecacatan di dalam pembentukan saluran darah ke bahagian bawah badan dan kaki.

“Sebelum bahagian organ badan boleh terbentuk, kena ada saluran darah ke bahagian organ ini dulu. Tanpa pengaliran darah, organ-organ tidak boleh terbentuk dan gagal berfungsi.

“Jadi, bergantung kepada banyak mana saluran darah yang normal, sirenomelia ini juga ada jenis yang sangat serius di mana tidak ada dua kaki, tidak ada tulang belakang yang sempurna, tidak ada pembentukan kemaluan perempuan atau lelaki dan tidak ada pembentukan buah pinggang.

“Apa yang menyebabkan kematian selepas bersalin ialah tiada buah pinggang,” ulasnya.

Daripada segi pembentukan kaki, sirenomelia terbahagi kepada tujuh kategori, bergantung kepada apakah tulang kaki yang terbentuk.

Konsultan Obstetrik dan Ginekologi, Dr Imelda Balchin.

“Bayi ini akan dibesarkan sebagai seorang perempuan, sebab tidak ada pembentukan kemaluan lelaki, walaupun kebanyakannya sebenarnya ialah lelaki. Kita tahu lelaki melalui baka DNA nya.

“Kesemua mereka ada hanya satu lubang untuk buang air kecil dan buang air besar.

“Tetapi kebanyakannya tidak boleh hidup selepas dilahirkan jika tiada fungsi buah pinggang,” hurai Dr Imelda.

Tambah doktor ini lagi, hanya ada beberapa kes bayi sirenomelia yang hidup seperti Tiffany York (27 tahun), Milagros Cerron (15 tahun) dan Shiloh Pepin (10 tahun) sebab ada sedikit fungsi buah pinggang dan menjalani pelbagai pembedahan.

“Kesemua janin sirenomelia yang saya sudah jumpa setakat ini tidak boleh hidup, dan ibu-ibu janin ini ada diabetes yang tidak dikawal.

“Diabetes yang tidak dikawal sebelum kehamilan dikaitkan dengan beberapa jenis kecacatan bayi. Jika diabetes dikawal dengan baik, pelbagai kecacatan pembentukan janin di dalam kandungan boleh dicegah.

“Mohon anda semua jangan percaya kepada kenan. Inilah kepercayaan khurafat, tahyul dan syirik. Kita hanya perlu tambahkan ilmu pengetahuan.

“Sebab inilah sangat penting anda semua yang ada obesiti buat ujian saringan memastikan anda tiada diabetes sebelum hamil, dan jika ada diabetes anda pastikan diabetes itu dikawal dulu sebelum hamil,” kongsinya lagi.

Doktor Imelda Minta Usah Kaitkan Dengan Kenan… Sindrom Janin ‘Ikan Duyung’, Ini Kepercayaan…

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Jeslina Hashim dikecam tayang punggung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker