Sekolah vernakular sukar lahirkan murid Cina fasih bahasa Melayu – Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong

 

‘Jauh panggang dari api’ perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon, kononnya penguasaan bahasa Melayu pelajar sekolah vernakular telah meningkat pada masa ini.

Kenyataan ini mungkin benar berdasarkan perangkaan tertentu daripada kajian yang dilakukan.

Namun bagi Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, ia jauh panggang dari api, yakni jauh sekali daripada yang sepatutnya atau sekurang-kurangnya yang diharapkan.

Ini kerana sudah menjadi ciri utama atau ‘trademark’ Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bahawa para pelajar dan lepasannya rata-ratanya tidak mengetahui bahasa Melayu dengan baik – walaupun secara sederhana – apatah lagi menguasainya pada tahap tinggi.

Katanya, walaupun ikut diajar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, para murid Cina di SJKC didapati hanya menguasai bahasa Mandarin berbanding dua bahasa lain itu.

“Hal ini sudah lama terjadi dan berlarutan sehingga kini. Ia dijanjikan setiap kali ianya disentuh, bahawa akan ada peningkatan. Namun ianya didapati masih di takuk lama biarpun sudah beberapa kali dinyatakan sedikit meningkat.

“Inilah masalah pendidikan aliran bahasa Cina semenjak ianya wujud ratusan dahulu di negara ini, iaitu ia tidak pernah mampu secara umumnya menghasilkan murid Cina yang fasih berbahasa Melayu yang merupakan bahasa negara ini.

“Sebaliknya ia berjaya melahirkan murid Cina yang boleh berbahasa Cina sahaja,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Dalam pada itu, Kok Seong menegaskan ketidakfasihan berbahasa Melayu ini sebenarnya adalah masalah negara.

Jelasnya, ini kerana tidak boleh ada seorang pun warganegara setelah 65 tahun ini, yang tiada jati diri kebahasaan Melayu, iaitu sifat bahasa negara yang ikut menjadi lambang selain teras kepada identiti nasional.

“Sepatutnya persoalan ini dipandang serius oleh komuniti Cina agar tidak sesekali dianggap sebagai ‘masih orang asing’ walaupun setelah 65 tahun menjadi warganegara dengan lahirnya beberapa generasi.

“Sebenarnya kefasihan ini adalah tanggungjawab komuniti Cina sebagai kewajipan mereka melangsai bahagian mereka pada Kontrak Sosial atau lebih tepat lagi Perjanjian Etnik Menjelang Kemerdekaan 1957, iaitu setelah diberikan kerakyatan oleh kaum Melayu, mereka berjanji untuk antaranya menerima bahasa Melayu.

“Penerimaan di sini sudah tentu meliputi kefasihan di dalam bahasa Melayu. Ini kerana hasrat untuk mahu terus tinggal di Tanah Melayu dan tidak mahu pulang ke China, hendaklah, malah wajib diwajarkan dengan kemestian mengetahui dan menguasai bahasa Melayu dengan baik,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Jeslina Hashim dikecam tayang punggung

Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker