Polis buru kumpulan lelaki mengamuk serang majlis perkahwinan

Polis buru kumpulan lelaki mengamuk serang majlis perkahwinan

Polis sedang memburu sekumpulan lelaki bersenjata bermotosikal yang mengamuk dengan menembak dan membunuh seorang lelaki serta mencederakan empat orang dalam satu majlis perkahwinan di Bangkok, lapor laman berita Thaiger semalam.

Keluarga pengantin lelaki yang berusia 25 tahun, Fahlan, dan pengantin perempuan berumur 24 tahun, Jinsujee, mengadakan majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan di Winitchai Riad, daerah Din Daeng, Bangkok pada Ahad lalu.

Selepas majlis berakhir, saudara mara dan rakan-rakan mereka berkumpul di dalam garaj keluarga pengantin perempuan untuk menikmati makanan. Bagaimanapun, pesta itu diceroboh sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) oleh enam lelaki bersenjata menaiki tiga motosikal yang melepaskan tembakan rambang ke arah kira-kira 90 orang.

Pengantin lelaki dan perempuan tidak cedera tetapi lima tetamu mereka cedera. Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan oleh pasukan penyelamat. Malangnya, salah seorang pengapit pengantin lelaki, Nattawut Pinitmai ditembak di dada dan meninggal dunia di hospital.

Media Thailand melaporkan bahawa serangan tu berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pertelingkahan berterusan antara dua universiti di Bangkok.

Pengantin lelaki itu merupakan lulusan dari Kampus Uthenthawai Universiti Teknologi Rajamangala Tawan-ok di Bangkok. Universiti itu dikenali dalam kalangan orang awam kerana pelajarnya kerap menjadi perhatian media, sama ada kerana upacara suai kenal yang kejam atau konflik dengan pelajar institusi lain.

Ramai alumni Kampus Uthenthawai menghadiri majlis itu dan dipercayai lelaki bersenjata itu adalah seteru kepada pengantin lelaki atau seseorang dalam majlis perkahwinan mereka.

Timbalan Komander Biro Polis Metropolitan, Chokchai Ngamwong berkata, pengantin lelaki menamatkan pengajian di institusi itu dua tahun lalu dan mengaku tidak pernah menghadapi masalah dengan sesiapa.

Pengantin lelaki menyatakan bahawa lelaki-lelaki bersenjata itu tidak menyasarkan sesiapa dan melepaskan tembakan secara rawak ke arah orang ramai. Tambah Fahlan, mungkin ada yang melihat hantaran mengenai perkahwinannya di Facebook dan memutuskan untuk menyerang mereka kerana ramai alumni berada di majlis itu.

Menurut media tempatan, pengantin lelaki adalah seorang pelajar yang baik dan tidak pernah bergaduh dengan sesiapa ketika belajar di institusi tersebut. Dia juga merupakan pemain bola sepak untuk pasukan universiti. K Online

Polis buru kumpulan lelaki mengamuk serang majlis perkahwinan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker