Penyanyi rock dimasukkan ke ICU Hospital Sungai Buloh

Penyanyi rock dimasukkan ke ICU Hospital Sungai Buloh

Penyanyi kumpulan rock Fair, Ewan kini di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh selepas menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku dalam otak bahagian belakang kepalanya pada Ahad lalu.

Isterinya, Zurayati Shabdin, 44, berkata, proses pembedahan memakan masa selama tujuh jam dan keadaan suaminya kini stabil di bawah pemantauan HSB.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila Ewan atau nama sebenarnya Indra Gunawan Basri, 48, pulang dari menjadi juri pertandingan karaoke di Stadium Kuala Selangor pada Sabtu lalu.

“Sebaik sampai Tanjung Karang di depan rumah emaknya, Ewan keluar kereta dan terlalu lemah hingga dipapah masuk ke rumah maknya.

“Suami kemudian dibawa masuk ke rumah, dibaringkan dan kemudian disapu minyak di bahagian tengkuk dan bahu.

“Dia tak boleh berdiri dan badannya juga terhoyong hayang. Kemudian peluh dingin banyak keluar sampai basah baju yang dia pakai,” katanya kepada Harian Metro.

Zurayati berkata, keadaan suaminya semakin teruk apabila seluruh badannya kejang, manakala matanya tidak nampak.

“Saya bersama adik ipar dan emaknya kemudian membawanya ke wad kecemasan Hospital Tanjong Karang dan pemeriksaan doktor mendapati tekanan darahnya tinggi 220/175 dan diberikan ubat.

“Suami kemudian diberi rehat namun tekanan darah masih tak elok, sekejap naik sekejap turun. Doktor buat keputusan bawa ke HSB untuk buat CT scan (ujian imbasan tomografi berkomputer).

“Kami tiba jam 12 malam dan doktor biarkan dia tidur kerana semasa dalam ambulans dia sudah tak respon apabila doktor panggil namanya. Oksigen pula makin menurun,” katanya.

Ujian CT scan yang dijalankan pada jam 2 pagi mendapati ada pendarahan teruk di bahagian kepala Ewan.

“Kalau buat pembedahan, tempurung kepala dipotong bahagian belakang bagi keluarkan darah beku dan ada yang agak risikonya suami tak boleh bercakap, masalah saraf lumpuh seluruh badan serta pernafasan pun boleh jadi semput.

“Doktor tanya sama ada nak buat pembedahan atau biarkan saja kerana kalau tak dibedah, pendarahan ini akan jadi bengkak dalam kepala dan memang lumpuh sepenuh badan.

“Dia kena bernafas guna mesin pernafasan. Saya ambil keputusan buat pembedahan dan jam 6 pagi Ahad suami masuk bilik pembedahan dan selesai jam 11.45 pagi,” katanya.

Menurutnya sehingga kini bacaan darah tinggi suaminya ialah 117-120/75 dan dianggap stabil.

“Petang ini doktor kata akan buat scan sekali lagi selepas bedah untuk tengok perkembangan suami sama ada darah dalam otak ada lagi atau makin baik,” katanya.

Zurayati berkata, selain menyanyi, suaminya bekerja sendiri menjadi deejay untuk majlis-majlis perkahwinan atau acara kecil-kecilan.

“Dia juga sering jadi juri jemputan kalau ada pertandingan karaoke atau band. Kalau tiada tawaran, dia kerja kedai makan jadi pembancuh air,” katanya.

Pasangan ini mempunyai empat anak iaitu Muhammad Alif Izhan, 18, Muhammad Afiq Syahmi, 15, Nur Qaseh Umaira, 11 tahun dan Nur Dhia Adira, 6 tahun. HM

Penyanyi rock dimasukkan ke ICU Hospital Sungai Buloh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker