Isu pengkid pakai ihram: ‘Mohd Syahid’ sudah pulang lebih awal?

Isu pengkid pakai ihram: ‘Mohd Syahid’ sudah pulang lebih awal?

Tiada kelibat seorang pengkid dikenali sebagai ‘Mohd Syahid’ atau ‘Ayid’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Individu itu yang tular mengerjakan umrah memakai ihram di Tanah Suci, baru-baru ini, dijadualkan tiba di Malaysia dengan penerbangan Saudi Airlines dari Jeddah pada jam 4.11 petang ini.

HM yang menunggu di hadapan Balai Ketibaan Antarabangsa mendapati beberapa penumpang penerbangan itu mulai keluar pada jam 4.30 petang, namun kelibat individu itu tidak kelihatan.



Ketiadaannya itu seakan mengesahkan khabar angin yang mendakwa dia sudah pulang lebih awal dengan transit di negara jiran sebelum menaiki penerbangan ke Malaysia.

Pada Ahad lalu, Harian Metro melaporkan, berbekalkan janji manis serta perlakuan romantis, Ayid menjerat beberapa wanita kononnya akan diperisterikan menyebabkan ada dalam kalangan mangsanya itu turut membeli pelbagai barangan untuk persediaan perkahwinan.

Bagaimanapun, tembelang ‘lelaki jadian’ itu terbongkar selepas rakaman video dia memakai ihram ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah dimuat naik oleh seorang daripada mangsa penipuannya di media sosial tular.

Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dilaporkan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pengkid itu.



Bukan itu saja, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman turut dilaporkan berkata, tindakan sewajarnya perlu dikenakan ke atas individu berkenaan bagi mengelak lebih banyak kes seumpamanya berlaku.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad memberi maklum balas bahawa beliau mengambil berat isu itu kerana membabitkan hukum agama dan tindakan tegas perlu dikenakan kepada individu terbabit.

Beliau berkata, pihaknya sudah menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan memohon untuk membuat siasatan lanjut ke atas individu berkenaan setibanya di tanah air nanti. HM

Isu pengkid pakai ihram: ‘Mohd Syahid’ sudah pulang lebih awal?




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker