Ratusan lebah hinggap pada jambang lelaki

Ratusan lebah hinggap pada jambang lelaki

BEIRUT, LEBANON – Seorang lelaki di Lebanon menjadi perhatian ramai apabila membiarkan beratus-ratus ekor lebah hinggap pada jambangnya langsung tanpa rasa takut disengat serangga itu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Johny Abou Rjeily memuat naik klip video memaparkan kawanan lebah hinggap pada jambang, wajah, dada dan tangannya.

Aksi penjual madu lebah JAR Honey itu bertujuan untuk memberitahu orang ramai mengenai kepentingan memulihara populasi lebah madu.

“Pasukan penternak lebah dan jurutera pertanian profesional kami mengetengahkan pengetahuan saintifik dan semangat alam sekitar untuk menghubungkan manusia dan lebah.

“Misi kami adalah untuk mengembangkan populasi lebah madu ke luar Lebanon, dan dalam masa sama, mewujudkan dunia yang lebih selamat serta sihat,” kata Johny menerusi laman TikTok rasmi syarikatnya, @jarhoneyofficial.

Tambah Johny, syarikatnya turut berusaha untuk memerangi pengunaan racun makhluk perosak, racun kulat, sisa toksik dan perubahan iklim.

“Kami bekerjasama dengan jurutera pertanian, doktor haiwan dan makmal penyelidikan bagi menyelamatkan lebah, menapis madu, melatih penternak serta dalam masa yang sama, menjadikan planet ini sebagai tempat lebih baik, selamat dan bersih,” katanya. K Online

Ratusan lebah hinggap pada jambang lelaki


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker