Serang pembangkang, bukan ‘tembak kaki sendiri’ – Ismail

Serang pembangkang, bukan ‘tembak kaki sendiri’ – Ismail

Di tengah cakap-cakap berhubung pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menggesa BN untuk menyasarkan serangan mereka kepada pembangkang, dan bukannya pihak sendiri.

Ismail Sabri juga berseloroh Wanita BN akan memainkan peranan utama dalam menentukan bila dia akan membubarkan Parlimen.



Bercakap di Konvensyen Wanita BN hari ini, dia berkata ada kala keliru dengan kenyataan yang dibuat “sesetengah kumpulan kecil” pemimpin BN.

“(Kenyataan itu) seolah-olah tembak kaki sendiri. Tembak kaki sendirilah yang boleh sebabkan kita kecundang (dalam pilihan raya).

“Kita rasa hero tembak kawan kita, sedangkan tak sentuh pemimpin pembangkang.

“Mulai hari ini, kita kena ‘tembak’ pemimpin pembangkang, bukan ‘tembak’ pemimpin kita,” katanya yang juga naib presiden Umno, tanpa menyebut sebarang nama secara khusus.



Bagaimanapun dia pernah beberapa kali berkata yang BN sering diserang pemimpin sendiri, terutama berhubung isu kenaikan kos sara hidup.

Ismail dan penyokongnya dikatakan bertembung dengan kumpulan diketuai Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

Antara isu antara dua kumpulan tersebut adalah tarikh untuk mengadakan PRU15, dengan kumpulan Zahid menggesa ia diadakan secepat mungkin.

Bergantung kepada Wanita BN



Hari ini, Ismail Sabri berkata dia masih tidak pasti bila PRU15 akan dibuat tetapi keputusannya untuk membubarkan Parlimen akan bergantung kepada laporan oleh Wanita BN.

“Saya akan bubar Parlimen bila laporan Wanita BN tunjukkan kita boleh menang,” katanya.

Dia menyifatkan Wanita BN sebagai pihak barisan depan dalam mengumpul maklumat untuk BN namun meningatkan ia mesti berasaskan fakta.

Dia membangkitkan laporan yang diterima BN pada 2018 yang menunjukkan gabungan itu akan menang besar dalam PRU14, yang ternyata salah.



Katanya lagi, satu cabaran yang perlu diatasi Wanita BN adalah bagaimana untuk berhubung dengan pengundi di bandar yang kebanyakannya tinggal di kawasan kejiranan yang berpagar – di mana kaedah seperti lawatan rumah ke rumah tidak boleh dilakukan.

Dia juga berkata Wanita BN perlu berhubung dengan golongan muda bagi mengenal pasti sokongan politik mereka.

Terdahulu, sumber daripada Pejabat Perdana Menteri membayangkan PRU15 akan diadakan pada November ini, kecuali berlaku banjir besar di kawasan Pantai Timur semenanjung. Mk

Serang pembangkang, bukan ‘tembak kaki sendiri’ – Ismail




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)



Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker