Penunggang Motosikal Maut Dikelar Tali Layang-layang

Penunggang Motosikal Maut Dikelar Tali Layang-layang

Seorang penunggang motosikal di India maut selepas lehernya dikelar tali layang-layang ketika dalam perjalanan bersama isteri dan anaknya yang berusia 8 tahun.

Vipin Kumar, 35, dalam perjalanan ke rumah kakaknya untuk menyambut perayaan Rakhi pada Khamis apabila tali bersalut serbuk kaca tajam itu mengenai lehernya di atas jejambat Taman Shastri.



Susulan kejadian, mangsa yang berlumuran darah dibawa ambulans ke pusat trauma di Civil Lines di mana doktor memaklumkan Vipin telah meninggal dunia.

Mayat mangsa dibedah siasat dan kes itu sedang disiasat pihak berkuasa.

Kematian Vipin bukan satu-satunya kes melibatkan tali bersalut kaca di Delhi.

Pada 2016, dua kanak-kanak dan seorang penunggang motosikal maut selepas leher mereka dikelar tali layang-layang jenis itu pada perayaan Hari Kemerdekaan negara.

Menurut fakta kes, ketika kejadian, kedua-dua kanak-kanak itu dilapor berdiri dan menjengah keluar melalui bumbung kereta.



Seorang lagi mangsa, Zafar Khan, 22, sedang menunggang motosikalnya apabila kerongkongnya dikelar, lapor BBC.

Layang-layang ialah aktiviti popular ketika perayaan di India, namun penggunaan tali jenis itu amat berbahaya kerana ia disalut dengan serbuk kaca untuk menjadikannya lebih tajam dan kuat.

Tali bersalut kaca yang digunakan untuk permainan layang-layang telah diharamkan di Delhi sejak 2016 susulan beberapa tragedi yang antaranya meragut nyawa.



Namun, tali murah bersalut serbuk kaca dipercayai dari China itu masih digunakan secara meluas di seluruh negara. India Today

Penunggang Motosikal Maut Dikelar Tali Layang-layang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker