Kes SRC: Esok Hari Penting Buat Saya – Najib Razak

 

Kes SRC: Esok Hari Penting Buat Saya – Najib Razak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan rayuan akhir yang dijadualkan berlangsung di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya esok adalah hari penting buatnya.

Bekas Perdana Menteri itu akan cuba mengetepikan sabitan, hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik Syarikat SRC International Sdn Bhd dalam prosiding selama sembilan hari bermula 15 hingga 26 Ogos ini.

“Walaupun hari ini saya patut sibuk dengan peguam-peguam saya, tetapi saya pilih untuk bersama dengan Wanita.



“Ini yang saya buat kerana saya nak Wanita memahami sebagai seorang pemimpin, saya tetap bersama-sama berjuang bersama Wanita.

“Biarpun apa mereka buat, biarpun kezaliman kepada saya, isteri saya, keluarga saya, (tetapi) saya tetap istiqamah tidak akan undur seinci pun.

“Saya akan tetap berjuang bersama-sama wanita BN, dan kita pastikan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) milik BN,” katanya ketika berucap di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.

Prosiding esok dijangka dimulakan dengan pendengaran permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu membabitkan hakim bicara, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan).



Sekiranya permohonan itu gagal, prosiding akan diteruskan dengan rayuan akhir itu.

Pada 25 Julai lalu, Ahli Parlimen Pekan itu melalui sepucuk surat telah menamatkan perkhidmatan firma guaman, Tetuan Shafee & Co, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan seluruh pasukan pembelaannya.

Najib kemudian melantik firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan TH Liew & Partners (ZIST) bagi menggantikan Tetuan Shafee & Co. manakala Hisyam Teh Poh Teik dilantik bagi menggantikan peguam, Muhammad Shafee.

Pada 29 April lalu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada bulan Ogos iaitu pada 15 hingga 25 Ogos ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan penyelewengan dana syarikat itu.



Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini mensabitkan Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Pada 8 Disember 2020, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib.AA

Kes SRC: Esok Hari Penting Buat Saya – Najib Razak

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker