Jangan Dibiarkan Parti Lawan Guna Isu LCS Serang BN – Tok Mat

Jangan Dibiarkan Parti Lawan Guna Isu LCS Serang BN – Tok Mat

Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya membiarkan isu kapal tempur pesisir (LCS) digunakan parti lawan untuk menyerang BN, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata isu LCS merupakan isu pentadbiran syarikat dan jentera BN perlu menerangkan isu berkenaan secara agresif untuk menghalang ia dijadikan fitnah ke atas parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Pada PRU14 kita terlampau bertahan sehingga orang percaya sahaja apa fitnah dilemparkan terhadap kita.

“Ini (isu LCS) tiada kena mengena dengan parti tapi pentadbiran syarikat. Jika ada terdapat penyalahgunaan, biarlah pihak berkuasa ambil tindakan,” katanya ketika merasmikan pembukaan Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Wanita BN merangkap Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Setiausaha Wanita BN Datuk Rosni Sahar.

Sementara itu, Mohamad berkata BN perlu memastikan rakyat tidak mudah terpesong dengan dakwaan ‘raja fitnah’ yang perlu dibidas dengan fakta.

“Duit tidak lesap. Kapal dalam pembinaan. Jangan dibiarkan isu diputar belit (spin) sehingga menjadi tidak terkawal,” katanya.

Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata untuk menang pada PRU15, setiap ahli perlu mempunyai tiga elemen ‘W’ iaitu ‘Winning Mentality’ (Pemikiran untuk menang), Winning Strategy’ (Strategi untuk menang), dan ‘Winning Move.’ (Tindakan untuk menang).

Mohamad berkata jentera BN di lapan negeri yang telah dilawatinya setakat ini antaranya Pulau Pinang, Perlis dan Kedah, berada pada tahap baik serta mempunyai semangat sangat tinggi untuk menang.

“Winning strategy perlu ada. Jangan masuk perang tiada taktikal dan strategi yang cukup kerana itu bunuh diri namanya.

“Pelbagai strategi telah digubal oleh pelbagai negeri namun ia tidak cukup sekadar atas kertas,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad juga meminta semua ahli UMNO untuk melakukan ‘dry run’ kajian sikap pada mesyuarat bahagian dan cawangan parti itu yang akan berlangsung mulai esok hingga Oktober depan.

“Pemilihan (parti) bukan tahun ini, maka berhentilah berkempen dahulu. Kita fokus PRU15 dulu,” katanya.- BERNAMA

Jangan Dibiarkan Parti Lawan Guna Isu LCS Serang BN – Tok Mat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker