Kapal LCS: Wanita BN Kena Faham Isu, Pembangkang Mahu Jadikan Seperti 1MDB – Najib

Kapal LCS: Wanita BN Kena Faham Isu, Pembangkang Mahu Jadikan Seperti 1MDB – Najib

Datuk Seri Najib Razak menyeru agar Wanita Barisan Nasional (BN) memahami isu-isu terkini termasuk berhubung perolehan kapal tempur pesisir (LCS) yang didakwa cuba dimainkan untuk menghasut rakyat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pihak pembangkang mahu menjadikan LCS sama seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Walaupun saya bukan Menteri Pertahanan pada waktu itu, saya Menteri Kewangan, saya gunakan platform Facebook untuk menjawab setiap kali mereka cuba menghasut rakyat.



“Ini salah satu petua pada zaman media sosial… kalau ada apa-apa isu jawab dalam tiga jam, jangan tunggu hari esok. Wanita kena faham isu ini kerana mereka nak jadikan isu LCS ini macam 1MDB seperti dalam pilihan raya umum lalu,” katanya ketika berucap pada Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.

Mengulas lanjut, Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu sekali lagi mendakwa bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadi punca kepada kelewatan perolehan LCS.

Jelas Najib, ketika BN kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pembinaan kapal tersebut berada pada tahap 53 peratus.

“Sekarang ini kemajuan hanya 56 peratus. Dalam masa empat tahun cuma tiga peratus… Lim Kit Siang dan Rafizi (Ramli) tak terjawab. Kenapa sebab niat mereka itu nak persalahkan kita. Apa dia buat, dia buat forensik audit, dia suruh pembinaan kapal tak diteruskan.



“Mereka buat forensik hentikan pembinaan kapal itu, (ditambah pula) masalah COVID-19 lagi, maknanya bukan salah kita, bukan salah BN,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Najib yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan mengakui bahawa pembinaan kapal perang itu berdepan kelewatan kerana ia melibatkan sistem pertahanan empat dimensi peperangan.

“Empat jenis pensenjataan nak menghubungkan dalam sistem kombat, ia makan masa. Di negara maju pun lambakan projek pertahanan adalah perkara biasa berlaku sekiranya projek itu kompleks. Tetapi kenapa (PH) hentikan, kalau lewat kita boleh teruskan,” tambah Najib.

Dalam pada itu, Najib mempersoalkan kemajuan projek terowong bawah laut di Pulau Pinang, selain menggesa siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga perlu dilakukan terhadap projek berkenaan.



Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan tiada sebuah pun daripada enam LCS diserahkan walaupun kerajaan sudah membayar RM6.08 bilion kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS). AA

Kapal LCS: Wanita BN Kena Faham Isu, Pembangkang Mahu Jadikan Seperti 1MDB – Najib

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker