Cara runding gaji lebih tinggi jika anda sudah bekerja lama

RUNDINGAN gaji kebiasaannya berlaku ketika anda sedang berada di dalam temu duga kerja. Tetapi sebenarnya, rundingan gaji juga boleh dilakukan walaupun selepas beberapa tempoh bekerja.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa ini bukan peluang yang tipis meskipun anda telah memegang jawatan semasa untuk tempoh yang panjang.

Anda masih ada masa dan peluang untuk berbincang dengan bos tentang kenaikan gaji.

Berikut, Relevan kongsikan beberapa tip untuk anda mulakan rundingan kenaikan gaji bersama bos.

  1. Lakukan penyelidikan

Setiap jawatan dalam setiap industri mempunyai purata gaji. Meminta kenaikan gaji di luar purata bagi jawatan yang digalas boleh membuat anda kelihatan tidak munasabah.

Selidik skala gaji untuk kerja anda terlebih dahulu melalui GlassDoor.com atau Biro Statistik Buruh Malaysia. Anda akan lebih jelas memahami sama ada anda berada di dalam purata gaji atau kurang daripada purata.

Sesuaikan permintaan anda supaya ia realistik dan berpatutan.

Perlu diingat juga kedudukan syarikat atau perniagaan yang masih belum cukup berkembang mungkin tidak dapat menawarkan kenaikan gaji yang setanding dengan syarikat lain yang sudah berkembang maju.

  1. Tekan faedah menaikkan gaji

Majikan mungkin bersimpati dengan keperluan anda untuk memperoleh lebih banyak wang untuk menyara kehidupan. Tetapi, kebimbangan utama mereka ialah bagaimana menaikkan gaji anda itu memberi manfaat kepadanya.

Jika anda mempunyai pencapaian yang menunjukkan nilai yang tinggi kepada syarikat, senaraikannya. Tunjukkan berapa banyak usaha dan kerja yang telah anda sumbangkan kepada keuntungan syarikat.

Terangkan juga rancangan dan matlamat untuk kerja dan cara syarikat akan mendapat lebih banyak manfaat daripada anda pada tahun-tahun akan datang.

  1. Pertimbangkan alternatif

Rundingan memerlukan fleksibiliti dan bukannya memberikan bos anda permintaan yang tidak boleh dirunding.

Jika anda tidak boleh mendapatkan gaji yang diinginkan, bincang baik-baik dengan bos bahawa anda ingin berbincang semula dalam masa setahun akan datang atau lebih.

Pertimbangkan untuk mempunyai beberapa cadangan sandaran selain kenaikan gaji. Sebagai contoh, lebih banyak masa bercuti, insurans kesihatan yang lebih baik atau tambah pekerja lain untuk meringankan beban anda.

  1. Jangan buat bos menyampah

Bahagian penting dalam rundingan ialah tidak melakukan apa-apa yang membuatkan bos anda mahu mengatakan tidak.

Jangan bandingkan diri anda dengan pekerja lain atau bincangkan bagaimana mereka tidak layak menerima gaji mereka.

Jangan sekali-kali mengancam untuk berhenti kerja jika anda benar-benar mahu teruskan bekerja di syarikat itu.

Walaupun bos mungkin akan mengalah, dia juga akan marah atau layanannya kepada anda lebih dingin.

Jelaskan anda mahu kekal berbakti kepada syarikat dan mahu mencari jalan penyelesaian yang menang-menang kepada diri sendiri dan bos. – RELEVAN

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)

Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker