Benda ‘simple’ pun tak faham, Najib tempelak penyokong PH
Benda ‘simple’ pun tak faham, Najib tempelak penyokong PH
Datuk Seri Najib Tun Razak hairan dengan sikap penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) yang masih tidak faham bahawa projek kapal tempur pesisir (LCS) dihentikan semasa kerajaan PH memerintah.
Beliau sekali lagi menegaskan, tuduhan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa projek tersebut terhenti pada April lalu adalah berunsur fitnah.
Jelas Najib, perkara tersebut telah ‘diakui’ oleh bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan bekas timbalannya, Liew Chin Tong kerana mereka berdua pernah merasmikan dan meninjau projek tersebut.
“Benda ‘simple’ ini pun tak faham? Atau sengaja nak tipu orang?” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.
Sebelum ini, Najib pernah menjelaskan, LCS milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sepatutnya siap dan diserah pada April 2019 seperti yang dinyatakan dalam kontrak.
Namun, kerajaan PH memutuskan melaksanakan forensik audit terhadap projek LCS beberapa hari selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 iaitu pada 30 Mei 2018.
Beliau menambah, media juga pernah melaporkan projek LCS disambung semula oleh kerajaan sedia ada pada Mei lalu.
“Susah sangat ke untuk mengaku bahawa projek LCS dihentikan sepenuhnya ketika kerajaan PH memerintah?” soalnya. MG
Benda ‘simple’ pun tak faham, Najib tempelak penyokong PH
Baca Artikel Menarik:
- Harga kambing biri-biri Ladoum cecah RM379,000 seekor
- Serabut betul komen dia – Neelofa
- Mengapa Zionis bunuh cucuku
- Pesawat ringan terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya [VIDEO]
- Saya keluar parti selepas Presiden umum kerjasama dengan Mahathir
- Ceramah, kuliah tak boleh guna pembesar suara luar, jelas Jais
- Berani Mati! Penagih selamba hisap dadah dalam tandas polis
- Kecewa menantu tidak capai piawaian, mak mertua disekolahkan Ustazah
- Marcella Simon keluar Islam
- Suami dibenar minum susu badan isteri, tidak haram
- Fad Bocey turun pangkat?
- Semakin ramai individu bawah 22 tahun lakukan seks
- Itu kapal perang LCS sebenar, kata bekas panglima
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)
Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter
You must be logged in to post a comment.