Resepi Sambal Geprek Padu, Pedas Giler

Resepi Sambal Geprek Padu, Pedas Giler

Bagi peminat makanan yang pedas, pasti menu Ayam geprek dari Jogjakarta, Indonesia ini menjadi antara menu kegemaran.

Apa yang membuatkan Ayam geprek ini istimewa adalah sambal pedasnya yang sememangnya nikmat dan menyengat! Sekiranya anda ingin mencuba membuat menu ini di rumah, ini ada beberapa cara yang anda boleh ikuti.

Ramuan sambalnya juga tidak perlu dimasak dan hanya perlu di ‘geprek’ (lenyek) dengan minyak panas. Oleh itu, jom ikuti perkongsian daripada Juwita Afifah menerusi laman Facebooknya.

Bahan-bahan:

Cili padi
Cili besar (dicincang kasar)
Bawang putih
Kacang gajus
Minyak panas bekas goreng ayam

Cara-cara:

Letakkan cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung batu.
Tumbuk semua bahan tersebut sehingga lumat. Kemudian, masukkan cili besar.
Masukkan pula sedikit minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Untuk hasil yang lebih baik, gunakan minyak panas yang betul-betul baru selepas menggoreng supaya sambal tersebut masak sedikit.
Selepas meletakkan minyak, bunyi desir-desir pada sambal akan kedengaran menandakan sambal sudah agak masak. Gaulkan sehingga rata.
Kemudian, masukkan ayam celup tepung yang sudah digoreng.
‘Geprek’-kan ayam bersama sambal yang telah disediakan tadi. Gaulkan sehingga sebati.

Siap! Hidangkan bersama nasi putih bersama tauhu dan tempe. Sesuai untuk dimakan panas-panas. Memang fuhh, terbaik!

Kredit: Juwita Afifah

Resepi Sambal Geprek Padu, Pedas Giler


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker