Berang ditegur kerap lepak, 3 remaja guna ‘molotov cocktail’ bakar khemah

Berang ditegur kerap lepak, 3 remaja guna ‘molotov cocktail’ bakar khemah

Tiga remaja lelaki ditahan dipercayai menggunakan ‘molotov cocktail’ membakar khemah di sebuah kuil selepas berang ditegur kerana kerap melepak, dalam kejadian di Taman Pertama, Sabak Bernam.

Dalam kejadian pada 30 Jul, kesemua suspek berusia 15 hingga 17 tahun disyaki melakukan perbuatan khianat itu, kira-kira 2.30 pagi, dan ditangkap sehari kemudian.



Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Agus Salim Mohd Alias, berkata mereka tidak berpuas hati ditegur kerana kerap melepak di kawasan terbabit.

“Mereka dipercayai menggunakan botol berisi petrol untuk membakar khemah itu kerana tidak berpuas hati ditegur kerap melepak di kawasan tersebut,” lapor Kosmo.

Katanya, penahanan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian khianat dengan api.

Beliau berkata, khemah dibakar itu dipasang bersama peralatan lain bagi program pencegahan jenayah anjuran persatuan penduduk setempat.



“Siasatan kemudian membawa kepada penahanan tiga remaja lelaki yang disyaki melakukan perbuatan itu pada awal pagi,” katanya. FMT

Berang ditegur kerap lepak, 3 remaja guna ‘molotov cocktail’ bakar khemah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi



Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker