Kadi direman 4 hari disyaki buat tuntutan palsu

Kadi direman 4 hari disyaki buat tuntutan palsu

JOHOR BAHRU: Seorang pegawai kanan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) ditahan reman empat hari kerana dipercayai mengemukakan satu tuntutan palsu pada 2020.

Perintah reman terhadap kadi daerah itu dikeluarkan Majistret R. Salini, di sini hari ini.

Menurut sumber, suspek yang berusia 51 tahun itu ditahan kerana mengemukakan tuntutan palsu ke Bahagian Kewangan Pejabat Kadi Daerah berkenaan bagi bulan Oktober 2020 berkaitan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri.



Tertuduh dikatakan membuat tuntutan menaiki kenderaan persendirian sedangkan beliau menghadiri program anjuran Jabatan Agama Negeri Johor dengan menggunakan kenderaan jabatan.

Tertuduh tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira 8.30 pagi dengan berpakaian lokap sambil diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Utusan

Kadi direman 4 hari disyaki buat tuntutan palsu


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah

Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan

‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker