Madonna Akan Buat Sendiri Filem Biopik Tentang Kisah Hidupnya

Madonna Akan Buat Sendiri Filem Biopik Tentang Kisah Hidupnya

BINTANG terkenal dunia, Madonna memilih untuk menghasilkan sendiri filem biopik mengenai kisah hidupnya.

Perkara itu dibuat kerana Madonna enggan mendapat campur tangan daripada pihak luar terutama golongan lelaki anti-wanita atau Misogini.



“Saya memiliki kehidupan luar biasa. Jadi saya yang seharusnya menghasilkan sendiri filem itu.

“Ini juga langkah pencegahan supaya tiada sesiapa yang akan campur tangan lebih-lebih lagi lelaki misoginis,” katanya.

Penyanyi berusia 63 tahun itu turut menggalas peranan sebagai pengarah dan penulis skrip bersama Diablo Cody (Juno).

Madonna turut memberitahu filem tersebut akan diselitkan dengan unsur muzikal.



“Muzik membuatkan hidup saya terus berjalan dan seni inilah yang membuatkan saya tetap hidup,” ujarnya.

Aktres Julia Garner dilaporkan akan memegang watak sebagai Madonna.

Selain Garner, barisan nama lain seperti Florence Pugh, Alexa Demie, Odessa Young, Bebe Rexha dan Sky Ferreira.



Terdahulu Madonna pernah menentang tindakan Universal Pictures yang dikhabarkan ingin menghasilan filem biopik tentang dirinya pada 2017.-Harpers Baazar

https://www.instagram.com/p/CVOkoXNohOl/?utm_source=ig_embed&ig_rid=2afe2ff0-3c24-448b-b477-6c776f32992b

Madonna Akan Buat Sendiri Filem Biopik Tentang Kisah Hidupnya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh



Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker