Lubang benam misteri muncul di Chile

LUBANG benam misteri muncul berhampiran kawasan lombong di Chile. – AFP

SANTIAGO, CHILE – Sebuah lubang benam berdiameter kira-kira 25 meter (m) muncul di kawasan perlombongan di Chile, sekali gus mendesak pihak berkuasa untuk menyiasatnya dengan lebih terperinci, lapor laman berita Wion News semalam.

Menurut laporan media, pekerja sebuah syarikat Kanada, Lundin Mining yang mengawal tapak perlombongan berhampiran Santiago menemui lubang benam itu apabila kembali bekerja selepas hujung minggu.

Tapak itu pada ketika ini sedang disiasat oleh perkhidmatan geologi dan perlombongan negara, Sernageomin dan beberapa pihak berkuasa berkaitan.

“Terdapat jarak yang agak jauh pada kedalaman kira-kira 200 m ke bawah. Kami tidak mengesan sebarang bahan di bawah sana tetapi melihat kehadiran air yang banyak,” kata pengarah Sernageomin, David Montenegro.



Tapak itu ditutup untuk siasatan lanjut dan dalam kenyataan mereka, Lundin Mining berkata, tiada pekerja yang hadir cedera atau terjejas oleh lubang itu.

“Setelah dikesan, kawasan itu segera diasingkan dan pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan telah pun diberitahu mengenai perkara itu. Tiada kesan kepada kakitangan, peralatan atau infrastruktur.

“Rumah terdekat adalah lebih 600 m dari lokasi lubang tersebut, manakala mana-mana kawasan berpenduduk atau perkhidmatan awam berada hampir satu kilometer dari zon terjejas,” kata kenyataan rasmi syarikat itu. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini



“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker