Sanusi beri lampu hijau tanam Musang King di HSK Rimba Teloi

Sanusi beri lampu hijau tanam Musang King di HSK Rimba Teloi

Projek ladang durian Musang King di Hutan Simpan Kekal (HSK) Rimba Teloi, Sik, diteruskan selepas mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA), kata Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor.

Katanya, kerajaan negeri sudah menerima laporan itu daripada jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mengkaji risiko kejadian bencana alam seperti banjir dan aliran puing di hutan simpan itu.

“Saya baca laporan pada jawatankuasa yang ditubuhkan di Sik itu, mungkin ada risiko tapi kita harap tak adalah.

“Kalau ada EIA, pihak yang ada kepakaran sudah kaji. Jika ada risiko besar, mungkin tidak dibenarkan (laksanakan projek). Sudah ada EIA, jadi boleh tanamlah,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berhubung kebimbangan projek tanaman berkenaan di HSK Rimba Teloi berisiko berulangnya fenomena kepala air seperti yang berlaku di Gunung Inas, Baling, pada 4 Jul.

Dalam itu, banjir dan kepala air dari Gunung Inas, mengorbankan tiga nyawa dan menjejaskan kehidupan lebih 800 mangsa.

Mengulas lanjut, Sanusi mendakwa, gambaran HSK Rimba Teloi, Sik digondolkan seperti laporan media sebelum ini adalah tidak tepat.

Beliau berkata, hasil pemantauan terkini yang dijalankan jawatankuasa terbabit, yang diketuai pegawai daerah Sik mendapati, kawasan berkenaan sudah dilitupi dengan tanaman tutup bumi.

“Pegawai daerah sudah tubuh jawatankuasa, sudah bawa pergi melawat semua tempat yang berisiko. Hutan simpan kekal Sik itu rupa buminya tidak tinggi macam Gunung Inas.

“Ia kawasan berbukit juga, tapi tak tinggi sangat dan jarak dengan kampung terdekat dalam dua kilometer lebih,” katanya. HM

Sanusi beri lampu hijau tanam Musang King di HSK Rimba Teloi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker