“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal” – Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

MASIH bersedih dengan pemergian bapa tercinta pada Isnin, penyanyi dan pelakon Azza Elite terpaksa berdepan dengan kata-kata kesat gara-gara lambat menyiapkan tempahan sejadah jualannya.

Dakwaan lambat menyiapkan sejadah itu dibangkitkan oleh pengacara Azwan Ali menerusi laman Instagram memberitahu sudah seminggu menunggu tempahan yang dibuat sebelum ini.

Menjawab tuduhan itu, Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari memohon agar Azwan dapat memahami situasi yang sedang dilaluinya ketika ini

“Sampai hati dia tulis begini. Bapa saya baru meninggal semalam (Isnin). Jangan suka-suka hati maki.

“Sebab dah terbiasa mulut tu, maki orang jadi makanan kau! Niat tu baik hendak beli sejadah, aku bersyukur tetapi dalam masa sama fikir juga keadaan orang lain.

“Saya kehilangan ayah. Jangan buat anak yatim begini bang. Ini kali aku lawan!” katanya menerusi laman Instagram pada Selasa

Sementara itu, Azza mengakui sibuk menguruskan keluarga menyebabkan dia tidak dapat fokus kepada perniagaan.

“Saya tak pernah cari fasal dengan sesiapa. Balik dari Singapura saya sibuk uruskan mak, bapa pula sakit.

“Saya tak boleh fikir orang nak beli sejadah atau sebagainya kerana hanya fokus keadaan ibu bapa,” jelasnya.

Terdahulu, Azwan atau Diva AA menerusi laman sosial miliknya meluahkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa menunggu lama tempahan sejadah yang dibeli.

“Dah seminggu aku tunggu sejadah kau. Kau sibuk jahit sejadah ke? Inilah bisnes dengan orang Melayu.

“Duit aku berkepuk-kepuk (banyak). Aku mampu bayar. Tak hadap percuma dari kau,” ujarnya.mSTAR

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal” – Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]

Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker