Banjir kilat di JB, ratusan kenderaan terkandas

Banjir kilat di JB, ratusan kenderaan terkandas

Beberapa kawasan di Johor Bahru dilaporkan dilanda banjir kilat selepas hujan lebat selama kira-kira sejam pada tengah hari tadi.

Menurut Astro Awani, antara kawasan yang terjejas adalah Hospital Sultanah Aminah (HSA), Jalan Yahya Awal, Jalan Ayer Molek, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Mahmoodiah, Jalan Kolam Ayer, Kampung Mohd Amin.



Menurut laporan itu, lebih 500 kenderaan tenggelam akibat banjir tersebut.

Berita Harian pula melaporkan air mencecah paras pinggang di Kampung Muhamad Amin dan Kampung Nong Chik.

Penduduk tempatan, Rahman Abdullah dan keluarganya terperangkap dalam kesesakan selama kira-kira setengah jam akibat kejadian itu.

“Kami bernasib baik kerana kenderaan masih boleh bergerak secara perlahan di Jalan Wong Ah Fook walaupun laluan dinaiki air. Kami juga difahamkan laluan di Jalan Yahya Awal dan Jalan Ayer Molek turut diancam banjir kilat hingga mengakibatkan kesesakan,” kata lelaki berusia 60 tahun itu seperti dipetik.



Dalam satu kenyataan hari ini, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengesahkan menerima laporan berkaitan banjir kilat di beberapa kawasan di Johor Bahru.

Sementara itu, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi memaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diarah untuk melakukan kerja pengepaman bagi mengeluarkan air dari kawasan terjejas.

“JPS juga akan menambah baik lagi sistem pengepaman ini untuk menampung kapasiti air yang lebih tinggi,” katanya dalam sidang media, seperti dipetik Bernama.

Dia berkata banjir berpunca daripada purata taburan hujan yang tinggi iaitu 100 milimeter dalam tempoh satu jam.



“Itu tahap bahaya (menyebabkan) banjir kilat berlaku dalam masa satu jam…bukan sahaja di kawasan bandar raya Johor Bahru tetapi juga HSA, ditambah lagi dengan air pasang, jadi hujan turun lebat dan air tidak dapat keluar,” katanya. Mk

Banjir kilat di JB, ratusan kenderaan terkandas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]

Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]



Resepi Mee Kuah Udang Bikin Mentua Sayang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker