Peruntukan Timbang Tara Tidak Lagi Wujud Tapi Tommy Thomas Rosakkan Segalanya

Oleh Tun Teja

APABILA negara jatuh ke tangan Pakatan Harapan(PH) pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14), bermacam-macam musibah menimpa Malaysia. Namun apa yang tidak dapat kita terima apabila kedaulatan negara dipertaruhkan akibat kebodohan yang disengajakan atau tidak disengajakan kerajaan PH tersebut.

Kita semua tahu isu tuntutan Sulu berpunca dari tindakan Peguam Negara PH yang menghantar surat kepada Sulu dan salinannya dihantar kepada mahkamah Timbang Tara Sepanyol.



Apakah tujuan sebenar Tommy bertindak sedemikian? Adakah beliau berkomplot dengan pihak tertentu? Adakah beliau sengaja “menjual” kedaulatan negara? Semua persoalan ini perlu disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Pesalah perlu dibawa ke muka pengadilan.

Memetik artikel Berita Harian,

Thomas berkata, oleh kerana perjanjian itu tidak menyatakan sebarang klausa berhubung penimbang tara dan oleh kerana Pejabat Konsul Her Britannic Majesty bagi Borneo sudah tidak wujud, forum paling sesuai untuk menyelesaikan pertikaian adalah mahkamah di Sabah.

Katanya, keputusan yang diputuskan oleh mana-mana forum lain yang dikata menjalankan bidang kuasa terhadap pertikaian ini adalah tidak sah dan sepatutnya tidak diendahkan sepenuhnya oleh kerajaan.



Selanjutnya, beliau berkata, kerajaan memohon untuk mengetepikan semua keputusan Mahkamah Tinggi Madrid, termasuk pelantikan penimbang tara, Dr Gondoza Stampa (yang membenarkan tuntutan kumpulan Sulu), di mana mahkamah Sepanyol pada 21 Jun tahun lalu berpihak kepada Malaysia dengan mengetepikan semua keputusan sebelum ini oleh Mahkamah Tinggi.

 

Tommy sendiri tahu bahawa peruntukan untuk timbang tara dalam perjanjian Sulu tidak lagi wujud sebab pertikaian hendaklah merujuk kepada General Council of Borneo yang tidak lagi wujud.

Negara United Kingdom pun sudah mengesahkan General Council of Borneo tidak wujud lagi dan mereka tidak berminat untuk cari gantian kepadanya.



Oleh itu, Peruntukan bagi timbang tara tidak lagi wujud.

Ini bermakna tiada keperluan untuk mengaku perjanjian tahun 1876 itu adalah sah seperti yang disebut Tommy. Satu pengakuan yang sudah tentu akan digunakan oleh orang Sulu bahawa mereka ada tuntutan ke atas Sabah.

Tiada keperluan untuk mengaku kesal sebab kita hentikan bayaran pada tahun 2013 setelah tragedi pencerobohan Sulu.

Tiada keperluan untuk memastikan sekiranya identiti mereka yang tuntut adalah waris Sulu atau tidak.



Langsung tiada keperluan untuk tulis surat mengaku kesal kepada penuntut yang akhirnya memakan diri.

Menurut Datuk Seri Najib, dalam perkara ini kita cuma perlu lawan “point” bahawa tiada pertuntukan untuk timbang tara dalam mahkamah Sepanyol. Isu-isu lain tak penting lagi sebab tidak lagi wujud hak timbang tara di mana-mana.

Namun Tommy dan kerajaan PH tidak bertindak demikian. Tidak seorang pun dihantar. Kononnya atas sebab kos. Sebaliknya Tommy mewakili kerajaan PH menulis surat untuk mengaku salah dan kesal kepada waris Sulu bagi “settle case”. Surat tersebut disalin kepada hakim mahkamah Sepanyol pula.

Perkara ini seolah-olah memberi “walkover” dan peluru kepada mahkamah Sepanyol.



Sendiri kata tak iktiraf mahkamah timbang tara Sepanyol sebab tiada peruntukan timbang tara tetapi dia salin kepada surat kesal dia tanpa “without prejudice” kepada hakim mahkamah timbang tara yang dia kata dia tak iktiraf.- Datuk Seri Najib

Dosa Tommy Thomas terhadap rakyat Malaysia ini tidak boleh dimaafkan memandangkan beliau tahu bahawa tidak wujud lagi peruntukan timbang tara kerana General Council of Borneo tidak lagi wujud yang disahkan oleh United Kingdom.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker