KDVT2: Dhaya Maju, Kerajaan selesaikan saman

KDVT2: Dhaya Maju, Kerajaan selesaikan saman

Saman yang dikemukakan Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd terhadap kerajaan berhubung penamatan kontrak projek rel Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2) berakhir hari ini.

Peguam kanan persekutuan Asliza Ali, yang mewakili kerajaan, memaklumkan kepada mahkamah persekutuan pagi ini bahawa kerajaan telah menarik balik rayuannya berkaitan kes itu.

“Kami telah memfailkan notis pemberhentian berhubung perkara (rayuan) itu, dan responden (Dhaya Maju) tidak mempunyai bantahan untuk perkara itu dihentikan,” kata Asliza kepada tiga orang hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Vernon Ong Lam Kiat.

Dengan persetujuan sebulat suara panel hakim Abdul Rahman Sebli dan Mary Lim Thiam Suan, Ong kemudiannya mengarahkan rayuan kerajaan dibatalkan tanpa perintah mengenai kos.

Ketika dihubungi, Asliza mengesahkan bahawa rayuan itu ditarik balik memandangkan kerajaan dan kontraktor telah menyelesaikan saman utama.

KDVT2: Dhaya Maju, Kerajaan selesaikan saman


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]

Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]

Resepi Mee Kuah Udang Bikin Mentua Sayang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker