Gaduh pasal tolak air, tukang besi parah dipukul jiran

Gaduh pasal tolak air, tukang besi parah dipukul jiran

KLANG – Gara-gara menolak air sehingga memasuki kawasan rumah menyebabkan dua jiran bergaduh dengan seorang daripadanya parah dipukul di kepala menggunakan penyodok air diperbuat daripada besi dalam kejadian di Taman Bayu Emas, Jalan Batu Unjur, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, mangsa merupakan seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang besi berusia
54 tahun menerima 15 jahitan di dahinya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan daripada anak wanita mangsa berusia 25 tahun memaklumkan bapanya dipukul jiran mereka.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang berusia 43 tahun.

“Punca kejadian disebabkan jiran sebelah rumah mangsa telah menolak air menggunakan penyodok air ke kawasan rumah mangsa.

“Perbuatan tersebut menyebabkan kemarahan mangsa dan seterusnya berlaku pergaduhan sebelum suspek memukulnya menggunakan penyodok besi diperbuat daripada besi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan turut mendapati mangsa dan suspek telah hidup berjiran kira-kira 10 tahun di kawasan perumahan tersebut.

Tambah Hoong Fong, susulan kejadian itu mangsa yang luka di dahi telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan menerima 15 jahitan.

“Bertindak atas maklumat, suspek berjaya ditangkap kira-kira pukul 10.30 malam hari sama di sekitar daerah ini.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan kini direman selama tiga hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” ujarnya. K Online

Gaduh pasal tolak air, tukang besi parah dipukul jiran


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura

Hulk Hogan berdikir barat (Video)

‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker