Tengku Zafrul dilantik sebagai Bendahari BN Selangor
SHAH ALAM – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz secara rasmi diumumkan sebagai Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor yang baharu berkuat kuasa serta.
Beliau menggantikan Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang kini menyandang Ketua Komunikasi BN negeri.
Perkara iti diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasnya, Tan Sri Noh Omar dengan langkah itu dianggap sebagai rombakan terbaharu yang dipersetujui semua parti-parti komponen.
“Kita melakukan rombakan berkenaan bagi memberi semangat baharu kepada BN Selangor.
“Bendahari baharu kini adalah Tengku Zafrul manakala Jamal pula menjadi Ketua Komunikasi,” katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis penutup Konvensyen BN Selangor di Pusat Konvensyen Setia City di sini, malam tadi.
Penutupan konvensyen selama sehari itu dirasmikan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Pada 18 Julai lalu, Kosmo! melaporkan kesediaan Jamal melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada Tengku Zafrul.
Dalam pada itu, Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dalam amanatnya meminta semua akar umbi mencekal semangat jitu untuk merampas semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
“Tiada benda yang mustahil dalam politik terutama di negeri ini dan kita boleh mengubah senario sedia ada.
“Di bawah pimpinan presiden, kita yakin mampu menang dan rakyat sudah kembali kepada BN selepas menilai kegagalan parti lain untuk mentadbir negara sebelum ini,” katanya
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- What are the motives of Mahathir withdrawing review of Batu Puteh?
- “Top 5” bertemu, tanda pilihan raya makin dekat
- Scammer menyamar jadi Wan Junaidi
- Langkawi cuba haramkan UMNO, paksa lompat ke PPBM – Nik Nazmi
- Harga minyak masak boleh diturunkan, idea Najib betul
- Perokok tiada hak, kesihatan rakyat lebih utama
- Tuntutan Cuepacs beri kesan terhadap kerajaan pada PRU – bekas KP JPA
- Guru dipercayai maut selepas gaduh
- Pengerusi NGO diserang setelah lapor penyelewengan Penjana Kerjaya ke SPRM
- Pinjam duit mentua bayar upah cubaan bunuh isteri sendiri
- 2 anak Allahyarham Jamaluddin Jarjis berjaya batalkan saman nenek
- Amanda Manopo selebriti panas
- Abang kawasan asal Kelantan ugut penjaja wanita akhirnya dikutip polis [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.