Denda RM5400 jika guna hos air

Denda RM5400 jika guna hos air

Rakyat Britain berdepan dengan hukuman denda sehingga £1,000 (RM5,418) jika didapati menggunakan hos air, berikutan larangan yang dikeluarkan syarikat-syarikat air ketika musim kemarau teruk melanda negara itu, lapor akhbar The Sun semalam.

Perubahan itu dijangka menjejaskan sekurang-kurangnya 17 juta orang ketika Britain menghadapi salah satu tahun paling kering dalam rekodnya.



Syarikat Southern Water adalah yang pertama mengumumkan langkah tersebut. Menurut syarikat itu, paras air sungai sangat rendah berikutan lonjakan permintaan semasa gelombang haba musim panas.

Mereka memberi amaran bahawa orang ramai boleh dikenakan denda yang tinggi jika didapati menggunakan hos air untuk menyiram taman, mencuci kereta atau mengisi kolam ikan dan kolam renang.

Pembekal lain seperti Thames Water, South East Water dan Walsh Water turut memberi amaran bahawa mereka juga mungkin melaksanakan langkah serupa.

“Pengumuman South Water mengenai larangan sementara untuk pelanggannya di Hampshire dan Isle of Wight adalah salah satu daripada banyak langkah yang perlu pertimbangkan bagi mengurangkan penggunaan air yang tidak perlu serta melindungi bekalan pelanggan dan persekitaran,” kata jurucakap sebuah agensi alam sekitar.



Larangan itu dijangka berkuat kuasa pada Jumaat akan datang dan akan menjejaskan 935,000 orang di sekitar setengah juta hartanah. K Online

Denda RM5400 jika guna hos air


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)



ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker