Syamsul dan Puteri Sarah gagal berdamai

Syamsul dan Puteri Sarah gagal berdamai

Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini dimaklumkan tiada ruang untuk pengarah filem Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah ketika ditemui selepas prosiding kes cerai pasangan itu berkata, laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dibentangkan hari ini mengesahkan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) pada pasangan itu dan kewujudan pihak ketiga.



“Dapatan JKP terhadap prosedur yang telah dijalankan mendapati perkahwinan ini tidak dapat lagi diselamatkan,” kata peguam syarie itu.

Dalam pada itu, Akberdin turut memaklumkan mahkamah berpuas hati dengan pihak JKP yang mengendalikan prosedur kes berkenaan.

Sebelum ini pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.

Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.



Antara alasan dikemukakan Puteri Sarah selaku plaintif untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, pula selaku defendan sebelum ini memaklumkan enggan menceraikan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Puteri Sarah.

Sementara itu, berhubung isu lafaz cerai dua kali yang dibangkitkan Puteri Sarah, peguam itu berkata mahkamah telah menetapkan satu tarikh lain bagi sebutan semula kes supaya isu itu diselesaikan dahulu.

Sementara itu, peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul berkata, Syamsul menafikan pengesahan lafaz cerai dua kali itu.



“Susulan itu, mahkamah meminta isu itu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kes ini dipanjangkan. Sebelum prosedur kes ini diteruskan, mahkamah meminta pihak-pihak memfailkan pengesahan lafaz cerai tesebut,” katanya.

Beliau berkata, memandangkan Puteri Sarah membangkit isu itu, maka dialah yang perlu memfailkan pengesahan berkenaan.

Justeru Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, menetapkan 14 jun ini bagi sebutan semula kes untuk mengetahui status seterusnya berhubung isu lafaz cerai dua kali itu. K Online

Syamsul dan Puteri Sarah gagal berdamai



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan



Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa

Hannah Delisha posing mendada



Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker