Sindiket bekal tukang urut Thailand tumpas

Sindiket bekal tukang urut Thailand tumpas

Satu sindiket yang membekal dan menawarkan khidmat tukang urut wanita warga Thailand termasuk khidmat seks di pusat urut dan spa di negara ini berjaya ditumpaskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, sindiket yang didalangi warga tempatan itu dilumpuhkan dalam operasi khas bermula 21 hingga 23 Julai lalu di sekitar Johor Bahru, Johor.

Dalam operasi terbabit, JIM berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 40-an, dalang utama sindiket berkenaan bersama-sama 27 lagi individu yang lain iaitu pekerja dan juga tukang urut Thailand.

“Dalam operasi pertama pada 21 Julai lalu, pasukan operasi JIM berjaya mengesan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh dalang utama di Taman Pelangi, Johor sebelum mengekori dan menahan kenderaan dan suspek.

Pemeriksaan lanjut terhadap suspek dan kereta itu mendapati empat orang wanita Thailand berada di dalamnya. “Kesemua wanita itu tidak memiliki pas lawatan yang sah dan mereka dipercayai dalam perjalanan untuk dihantar pulang ke Thailand melalui jalan yang tidak sah,” katanya dalam kenyataan kejayaan hari ini.

Tambah beliau, kesemua mereka yang diperiksa, ditahan bersama dalang sindiket tersebut. Lanjutan daripada tangkapan itu, JIM menyerbu sebuah rumah yang diduduki dalang utama dan merampas beberapa dokumen berkaitan aktiviti sindiket membawa masuk dan membekalkan tukang urut wanita asing ke pusat urut refleksologi dan spa di Johor Bahru dan sekitar kawasan selatan tanah air.

“Rentetan daripada operasi ini, pasukan operasi JIM telah membuat dua lagi serbuan berasingan di premis pusat urut dan spa di Taman Austin dan Taman Abad di Johor Bahru yang disyaki ada mempunyai kaitan rapat dengan sindiket tukang urut wanita Siam itu.

Serbuan ini membongkar dan membawa kepada penahanan seramai 18 wanita dan tiga lelaki kesemuanya warga Thailand yang bekerja sebagai tukang urut di pusat spa dan refleksologi di Johor.

“Turut ditahan dua orang lelaki tempatan yang merupakan penjaga premis urut itu dan kesemua 28 orang individu yang ditahan dalam siri operasi ini berusia lingkungan antara 20 hingga 52 tahun,” ujar beliau.

JIM mendapati modus operandi sindiket berkenaan dengan mengatur kemasukan dan membekalkan tukang urut lelaki dan wanita warga Thailand untuk bekerja di pusat-pusat urut menggunakan Pas Lawatan Sosial di sekitar Johor dan negeri-negeri berhampiran.

Katanya, sindiket berkenaan menggunakan kenalan rapat di Thailand untuk mempengaruhi lelaki dan wanita asing dengan menawarkan peluang pekerjaan sebagai tukang urut di Malaysia.

Risikan JIM juga membongkarkan terdapat aktiviti yang tidak bermoral turut dijalankan oleh sindiket berkenaan di sebalik perkhidmatan tukang urut itu.

Sindiket itu turut menjalankan aktiviti menghantar pulang mana-mana warga asing yang bermasalah atau warga tempatan yang ingin melepasi sempadan negara melalui laluan yang tidak sah. Khairul Dzaimee berkata, sindiket berkenaan mengenakan bayaran antara RM1,300 hingga RM1,500 bagi setiap tukang urut yang diuruskan dan dipercayai mampu mengaut keuntungan sehingga RM30,000 sebulan.

Jelas beliau, majikan pusat-pusat urut yang terlibat dalam kegiatan berkenaan disyaki mampu meraih pendapatan sehingga RM50,000 sebulan. Kes sedang disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan kesemua tahanan dibawa ke Pejabat Imigresen Setia Tropika Johor Bahru untuk tindakan lanjut,” kata beliau. MG

Sindiket bekal tukang urut Thailand tumpas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tang Mana Wanita Melayu Sampai Terkangkang Depan Juri (Video)

Bapa polis anak makan tisu, mengarut betul AC Mizal – Netizen

Samseng jalanan dicekup acu pisau kepada pemandu lori

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker