Ketahui Jenis Jihad Yang Boleh Dilakukan Pada Hari ini

Ketahui Jenis Jihad Yang Boleh Dilakukan Pada Hari ini

Mungkin ada yang bertanya, pada hari ini kita yang hidup di Malaysia tidak berada dalam situasi peperangan sebagaimana yang berlaku di negara Palestin atau selainnya yang mana tidak memungkinkan untuk angkat senjata dan berjihad. Walau bagaimanapun definisi jihad itu luas cakupannya bukan hanya tertakluk dalam medan peperangan.

Menurut Tariq Ramadan cakupan jihad itu luas dan kita di Malaysia juga boleh menyertainya bagi mendapatkan ganjaran yang besar dari Allah. Antara jihad yang boleh kita serta iaitu:

Jihad intelektual dan spiritual, di mana kita perlu berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan membaca dan memahami mesej-mesej-Nya dalam al-Quran. Sekaligus membawa kepada pengalaman spiritual.

Jihad nafs atau jihad dalam diri bagi melawan keangkuhan, ego dan sebagainya. Ia merangkumi jihad membina akhlak mulia seperti yang disebut oleh Nabi s.a.w, “Aku diturunkan untuk menyempurnakan akhlak.”

Jihad sosial dibincangkan dengan lebih luas oleh Tariq Ramadan. Antara yang disentuh ialah jihad menghapuskan kemiskinan. Ini tidak menghairankan kerana jurang di antara kaya dan miskin di dunia sangat besar.

Orang Islam diwajibkan mengeluarkan zakat kerana golongan fakir dan miskin mempunyai hak ke atas harta kita. Jika mereka mempunyai hak, maka kita perlu berjuang menentang sifat penting diri dan reform dengan memberi. Solidari atau perpaduan tidak hanya dengan memberi apabila kita rasa mahu memberi, tetapi menyumbang kerana ia adalah satu kemestian dan tanggungjawab.

Sebagai Muslim, kita mempunyai tanggungjawab jihad sosial. Berhentilah bercakap mengenai kuasa dan politik, sebaliknya berkhidmatlah untuk masyarakat. Jika mahu terbabit dalam politik, mainkan peranan aktif dalam masyarakat. Kita sering keliru dengan kuasa dan politik. Politik sepatutnya berkait dengan khidmat. Rasulullah s.a.w ialah pemimpin yang berkhidmat kepada umatnya.

Jihad sosial juga merangkumi perjuangan menegakkan keadilan dan menentang perkauman. Dalam Islam, kita mempunyai matlamat mencapai keredhaan Allah, tanpa mengira warna kulit, kaya atau miskin, wanita atau lelaki, berkedudukan tinggi atau rendah. Kedudukan kita sama di sisi Allah.

Jika kita menilai seseorang hanya dari segi rupa dan bukan hatinya, itulah rasisme, dan ini tidak Islamik. Diskriminasi sosial seperti rasisme berlaku di serata dunia dan kita berkewajipan berjihad menentangnya.

Terdapat juga masalah bagaimana Muslim berhadapan dengan isu berkaitan wanita dan lelaki. Budaya sesuatu tempat dan masa banyak mempengaruhi pandangan ulama berkaitan isu-isu wanita. Ada yang menganggap hubungan wanita lelaki ibarat hubungan hamba tuan, mengikut budaya Arab dan Parsi. Ini tidak betul. Kita kini perlu berjihad untuk memahami maksud sebenar teks al-Quran, dan tidak membawa budaya dalam mentafsir teks.

Jihad budaya. Ada aspek-aspek tertentu dalam pelbagai budaya yang bersifat anti-Islamik dan kita perlu berjihad mencabarnya, seterusnya membawa pembaharuan budaya masyarakat. Jangan sesekali berpegang kepada budaya dengan anggapan ia tidak langsung boleh diubah.

Budaya juga perlukan pembaharuan dan ini sangat penting. Contohnya banyak perkara di Barat yang jauh lebih Islamik berbanding di negara-negara majoriti Muslim, cara kita menggunakan masa, berurusan dengan manusia dan sebagainya.

Kita perlu selektif dan berjihad mengubah yang buruk kepada yang baik. Malangnya, kita melakukan yang sebaliknya. Kita mengambil yang buruk dari Barat dan meninggalkan yang baik dari sana.

Jihad artistic yang dianggapnya sangat penting. Apabila ulama membincangkan matlamat hidup ini, mereka mengatakan mencapai kedamaian dengan Allah, diri sendiri dan dunia. Dalam falsafah, kedamaian dibincangkan dalam konteks saadah. Contohnya,apabila mendengar azan, ia indah kerana suara muazin yang lunak dan dilaungkan dengan nada serta perkataan yang indah.

Kedamaian, keindahan dan ketenangan jiwa bukan sahaja dicapai melalui solat, seorang akan lebih merasai kedamaian itu apabila mengikuti bacaan imam yang bersuara merdu.

“Allah itu indah dan sukakan keindahan.” Maka kita perlu berjihad dalam bidang seni, tetapi hendaklah dilakukan secara profesional, mempunyai standard yang tinggi dan kreatif. Ia dilakukan dengan menghormati hukum, tetapi membuka horizon.

Jihad politik. Perjuangan ini bukan hanya untuk mendapat kuasa, tetapi menentang kuasa. Perjuangan politik yang paling penting ialah menentang kuasa; ketelusan dan kesaksamaan dan mendengar keluhan rakyat.

Korupsi, yang berkuasa menggunakan kuasa untuk mengumpul kekayaan perlu ditangani. Semua kita sama ada pemimpin atau rakyat berperanan mempertahankan maruah agar tidak terbabit dalam korupsi. Tidak ada jihad politik tanpa keberanian dan komitmen.

Jihad ekonomi pula perlu dilakukan agar ekonomi memberi manfaat kepada masyarakat, bukan hanya menguntungkan syarikat-syarikat transnasional. Bukan juga ekonomi yang menghambakan manusia hanya sebagai alat, dan tidak bermatlamat mengangkat martabat mereka.

Jihad qital atau perjuangan mengangkat senjata untuk menentang penindasan. Ia bersifat defensif dan sah, menentang apabila diserang. Senjata yang digunakan dalam jihad adalah bersesuaian dengan yang digunakan oleh pihak yang menindas.

Di samping itu, mengikut etika peperangan, tidak membunuh orang lemah, wanita, kanak-kanak, golongan agama dan perlu melindungi alam. Walaupun berdepan dengan pihak yang zalim kita perlu menentang dengan cara yang betul.

Matlamat setiap jihad ini ialah kedamaian atau kesejahteraan walaupun menentang kezaliman, ia harus dilakukan dengan mematuhi syarat-syarat keadilan, maruah dan kebebasan.

Jadi, jihad bukan jalan untuk berperang, tetapi jihad ialah jalan menuju kedamaian. Kita adalah agen kedamaian dan bersedia berjuang untuk mencapainya, dan membawa pembaharuan.

Inilah makna sebenar definisi jihad dalam ruang lingkup kehidupan kita ketika ini di Malaysia. Semoga kita dapat bersama-sama berganding tenaga untuk melaksanakan etika jihad yang dikongsikan ini dalam mencapai keredaan Allah dan menjadi umat yang bertakwa. Wallahu a’lam Utv

Ketahui Jenis Jihad Yang Boleh Dilakukan Pada Hari ini
Ketahui Jenis Jihad Yang Boleh Dilakukan Pada Hari ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tang Mana Wanita Melayu Sampai Terkangkang Depan Juri (Video)

Bapa polis anak makan tisu, mengarut betul AC Mizal – Netizen

Samseng jalanan dicekup acu pisau kepada pemandu lori

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker