PM umum pengecualian bayaran balik PTPTN diperkenalkan semula

Ismail Sabri (tengah) menyampaikan Anugerah Tokoh Peminjam Berinspirasi kepada penerima, Achmad Noorasyrul Noortaip (depan kanan) diiringi oleh Pengerusi PTPTN, Apli Yusoff (kiri) dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (dua kiri) Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE di sini hari ini

KUALA LUMPUR – Pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diberikan semula kepada pelajar mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama.

Perkara itu diumumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa Majlis Sambutan Jubli Perak 25 tahun PTPTN di sini hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Pengerusi PTPTN, Apli Yusoff dan Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Menurut Ismail Sabri, pemberian itu tanpa mengira status ekonomi, bangsa serta agama dan akan diberikan kepada pelajar yang yang menamatkan pengajian bermula tahun 2019.



“Ini sebagai dorongan kepada anak-anak Keluarga Malaysia untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka.

“Saya berharap PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan perkara ini dari segi peruntukan yang terlibat,”katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata sehingga kini, seramai 3.67 juta Keluarga Malaysia telah dibantu bagi meneruskan pengajian dengan keseluruhan pinjaman berjumlah RM66.87 bilion .

Jelas beliau, sehingga akhir bulan lepas, lebih 2 juta atau 82.04 peratus peminjam telah membayar balik pinjaman dengan jumlah kutipan sebanyak RM 17.8 bilion.



“Terima kasih saya ucapkan kepada para peminjam yang komited membuat bayaran balik.

“Bagi yang belum berbuat demikian, saya menasihatkan supaya melunaskan pinjaman agar proses pinjaman kepada peminjam lain seterusnya tidak tertangguh,” ujarnya.

Ismail Sabri menambah, kerajaan melalui PTPTN telah menyediakan peruntukan lebih RM3 bilion setahun bagi membiayai pinjaman pendidikan kepada purata lebih 180,000 pelajar baharu yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tang Mana Wanita Melayu Sampai Terkangkang Depan Juri (Video)



Bapa polis anak makan tisu, mengarut betul AC Mizal – Netizen

Samseng jalanan dicekup acu pisau kepada pemandu lori



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker