RCI Batu Puteh: Demi kedaulatan atau nak cari salah siapa? – Pakar undang-undang

KUALA LUMPUR: Pakar undang-undang mempersoalkan niat sebenar di sebalik keputusan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir selatan.

Rata-rata mereka melihat isu kedaulatan Batu Puteh sudah dijelaskan dengan tuntas apabila Malaysia kalah dalam kes itu pada 2018 dan kini, tiada lagi pertikaian lanjut yang berlaku.

Pakar Perlembagaan dan Undang-undang, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood mengakui penubuhan RCI itu membolehkan siasatan lanjut dibuat untuk membongkar isu yang sebelum ini tidak didedahkan.



“RCI mungkin telah lama dijangka selepas keputusan dibuat oleh badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pertikaian pulau-pulau ini.

“Rakyat mahu tahu apa yang berlaku dan tindakan apa yang diambil sebelum dan selepas PBB memutuskan pertikaian itu,” katanya.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan RCI itu seperti diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mohd Zuki berkata penubuhan RCI itu dibuat selaras Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119), yang mana cadangan keanggotaannya akan dibawa untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.



Nik Ahmad Kamal berkata, isu pertikaian ini akan menjadi pengajaran penting untuk negara dalam menangani pertikaian wilayah pada masa depan.

Pensyarah Undang-undang dan Syariah, Fakulti Undang-undang dan Syariah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, pula berkata kerajaan seharusnya lebih memberi tumpuan kepada penyelesaian pertikaian maritim sekitar Batu Puteh, Batuan Tengah dan menentukan milikan Batuan Selatan yang didakwa ada kaitan dengan penurunan air surut di bawah Artikel 13 Konvensyen Undang-undang Laut.

Beliau menyatakan, wujud kekeliruan mengenai tujuan RCI ditubuhkan apabila dilihat sebagai ruang untuk mencari sebab kekalahan yang mengakibatkan kehilangan wilayah maritim itu kepada Singapura.

“Jika RCI dimaksudkan untuk menyalahkan pihak tertentu bagi penarikan balik kes pada tahun 2018, saya percaya ia akan sia-sia.



“Sebaliknya, jika ia ditubuhkan untuk menyelesaikan pertikaian maritim dalam kawasan yang dimiliki Singapura, Malaysia dan Indonesia, termasuk Pulau Bintan, maka ia boleh menjadi usaha yang positif,” katanya.

Sependapat dengan Hazmi, Profesor Undang-undang Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mohd Yazid Zul Kepli, berkata pendekatan semasa nampaknya cuba menyalahkan pihak lain atas kepentingan politik yang sempit.

Beliau berkata, daripada melabur usaha dalam menubuhkan RCI, kerajaan seharusnya memberi tumpuan kepada memperkukuhkan perlindungan kepada kepentingan maritim di Laut China Selatan.

“Nampaknya pendekatan semasa yang dibuat ini seperti mahu menyalahkan orang yang berkepentingan sebelum ini, yang hanya disebabkan oleh kepentingan politik yang sempit, yang lebih utama berbanding kepentingan negara.



“Dasar kita sekarang berhubung dengan Laut China Selatan kelihatan sangat lemah, dan dasar negara yang kukuh tidak wujud. Pakar jarang diminta pandangan dalam isu ini,” katanya

Mengulas isu sama, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Dr Azmi Hassan, berkata kedaulatan Batu Puteh sudah pun diputuskan dan Malaysia kalah dalam kes itu.

Beliau berkata, Malaysia ada peluang untuk membuat rayuan pada 2018, tetapi meleapskanya dan had masa untuk membuat rayuan sudah tamat.

Walaupun terdapat penemuan baharu dan bukti yang boleh dipercayai dikemukakan Tan Sri Apandi Ali, yang ketika itu adalah Peguam Negara, Azmi berkata rayuan itu tidak diteruskan.



Justeru, beliau berkata fokus utama RCI mungkin untuk menentukan kedaulatan Batuan Selatan kerana perbincangan mengenai milikan kawasan maritim itu masih berlanjutan dan maklumat dari RCI adalah penting untuk mengelakkan sebarang kerugian.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker