Jangan ingat DAP P Pinang tak boleh ditenggelam – Tok Mat
Jangan ingat DAP P Pinang tak boleh ditenggelam – Tok Mat
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan menuntut gabungan itu bersatu jika berhasrat menumpaskan DAP di Pulau Pinang.
Katanya, tidak mustahil BN mampu menewaskan DAP di negeri itu memandangkan parti berkenaan mengalami kekalahan di kubu kuat mereka pada pilihan raya negeri di Melaka, Johor dan Sarawak.
“Kita menang di Durian Tunggal (di Melaka), yang mana kubu kuat mereka,” katanya kepada 1,300 ahli BN pada pelancaran jentera BN Pulau Pinang.
“Jangan ingat DAP ini tidak boleh ditenggelamkan.”
“Siapa sangka MCA boleh menang banyak di Johor, dan MIC menang tiga daripada empat kerusi? Siapa sangka yang kita boleh menang di Yong Peng?” katanya merujuk kepada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang disandang DAP sejak 2013.
Mohamad yang juga timbalan presiden Umno, menggesa ahli BN membangunkan mentaliti boleh menang dan merangka strategi menumpaskan DAP, yang mana parti itu membentuk kerajaan negeri sejak 2008, bersama PKR dan Amanah.
BN kehilangan kuasa menerajui kerajaan negeri sejak 2008. Pada pilihan raya umum 2018, BN hanya menang dua kerusi masing-masing di Sungai Dua dan Permatang Berangan, daripada 40 kerusi keseluruhan. FMT
Jangan ingat DAP P Pinang tak boleh ditenggelam – Tok Mat
Baca Artikel Menarik:
- Wartawan Israel siar video pengalaman curi masuk ke kota suci Mekah
- Kilang Samsung (SDIEM) dengan pelaburan RM7b wujudkan 1,300 peluang pekerjaan baharu – Ismail
- Isu Sulu: Menang mudah jika berhujah di Mahkamah Madrid
- Rafizi tahu Anwar tak popular lagi – Mahathir
- Lelaki didenda RM50,000 kerana hina Islam
- Dua tan sampah dikutip di rumah suami isteri degil
- Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol
- Lagi pelajar dakwa berdepan pemeriksaan haid di sekolah
- Tarik subsidi petrol sekarang ibarat curah minyak ke dalam api – Tok Mat
- Klasik, ikonik… NOKIA Kembalikan Nostalgia Dengan Model Legenda 8210 Yang Diperbaharui
- Saya sokong Nuramira calon tilawah Quran – mufti P Pinang
- Casing telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis
- DS Vida ‘Claim’ Jual Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun
Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur
MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose
You must be logged in to post a comment.