Bunuh suami, suri rumah dan rakan lelaki didakwa

Bunuh suami, suri rumah dan rakan lelaki didakwa

Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dakwaan membunuh suaminya bersama rakan lelaki, dalam kejadian di Taman Daya, Johor Bahru, dua minggu lalu.

Berita Harian melaporkan, kedua-dua tertuduh, Margaret Law, 36, dan Fam Mee Fatt, 53, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurmadiana Mamat.



Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama membunuh Lee Ming How, 44, di No 03-14, Blok 11, Jalan Nipah, Taman Daya di sini, kira-kira 2 petang, 14 Julai lalu.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad dan Nur Aqiilah Ahmad Rafaei mengendalikan pendakwaan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.



Mahkamah menetapkan 27 September sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat manakala tiada sebarang jaminan dibenarkan.

Dalam prosiding berasingan di mahkamah sama, mereka turut didakwa secara berasingan atas tuduhan memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan.

Margaret mengaku bersalah memasukkan dadah jenis methamphetamine dan amphetamine ke dalam badan, selepas air kencingnya diuji di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) kira-kira jam 1.30 petang, 15 Julai lalu.

Fam yang juga seorang buruh pula turut mengaku bersalah melakukan perkara sama memasukkan methamphetamine ke dalam badan di tempat sama, kira-kira 12.01 tengah malam, 16 Julai lalu.



Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,700 atau enam bulan penjara ke atas setiap tertuduh dan turut diperintahkan menjalani pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Pada 15 Julai lalu, media melaporkan, Ming How, ditemukan maut dalam keadaan terbaring di kediaman keluarganya, selepas dipercayai dipukul isteri. FMT

Bunuh suami, suri rumah dan rakan lelaki didakwa




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman



Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker