Bajau Suluk minta bertegas tolak tuntutan waris Sulu

Bajau Suluk minta bertegas tolak tuntutan waris Sulu

“Kerajaan Filipina tidak pernah mengiktiraf kewujudan kumpulan Sulu di negara mereka, begitu juga Malaysia.”

Berdasarkan asas itu, justeru sudah tidak ada keperluan bagi kerajaan Malaysia meneruskan pembayaran pemisahan atau pampasan yang kini dituntut oleh waris Kesultanan Sulu.



Demikian pandangan Pengasas yang juga Penasihat Persatuan Kebajikan Bajau Suluk Sabah (PKBSS), Manan Yassin Orat.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, beliau berkata, kerajaan perlu mencari penyelesaian tuntas bagi menyampaikan mesej yang jelas kepada waris Kesultanan Sulu bahawa tiada asas untuk menuntut Sabah.

Katanya, perundangan juga memutuskan bahawa Sabah adalah wilayah berdaulat dalam Malaysia maka kerajaan tidak perlu melayan sebarang tuntutan daripada kumpulan yang tidak diiktiraf di negara mereka sendiri.

Tegasnya, sudah berpuluh tahun berlalu, salasiah keturunan Sultan Sulu ini tidak dapat dipastikan berapa ramai yang masih ada.



“Jadi, sebagai rakyat, kita serahkan tanggungjawab itu kepada kerajaan untuk menggunakan pendekatan diplomatik bagi mencari titik akhir kepada isu tuntutan waris Sultan Sulu terhadap Sabah.

“Malaysia perlu bertegas dalam menyatakan pendirian agar tiada campur tangan asing yang boleh mendesak negara ini mengeluarkan pembayaran kepada tuntutan yang tidak berasas ini.

“Mereka (waris Sulu) tiada hak untuk mengacau bilau keadaan keselamatan di Sabah kerana ini bukan wilayah mereka,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, isu tuntutan waris Kesultanan Sulu ini bukannya isu yang boleh dipandang remeh, ia berkait rapat dengan kedaulatan dan keselamatan negara. Utusan



Bajau Suluk minta bertegas tolak tuntutan waris Sulu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman



Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker