Nampak Kaki Bayi Terjuntai Ketika Buang Air Besar, Wanita Ini Tak Tahu Sedang Hamil

Nampak Kaki Bayi Terjuntai Ketika Buang Air Besar, Wanita Ini Tak Tahu Sedang Hamil

WANITA ini pada mulanya mengalami sakit pada bahagian belakang dan perutnya, namun dia mengabaikannya kerana menyangka ia adalah simptom sebelum kedatangan haid.

Bagaimanapun keesokan paginya, Lucy Jones, 22, sekali lagi mengalami sakit perut dan segera berlari ke tandas.

Ketika sedang membuang air besar, alangkah terkejutnya wanita tersebut apabila terlihat sepasang kaki kecil terjuntai dari farajnya

Menimang anak buat kali pertama, Lucy berkata dia sama sekali tidak mengetahui dirinya berbadan dua dan sarat hamil ketika itu.

Ujarnya, ini kerana dia tidak mengalami simptom sepanjang kehamilannya, malah konsisten mengambil pil perancang kehamilannya setiap hari, selain didatangi haid.

Pelatih kru kabin itu malah berkata, dia pernah melakukan ujian kehamilan sebanyak dua kali sebelum ini namun keputusannya negatif.

Sewaktu usia kandungannya memasuki lapan bulan, dia malah menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat untuk bertugas sebagai kru kabin.

Bayi perempuan sulungnya, Ruby, kini berusia empat bulan dan sungguhpun ‘muncul’ secara mengejut, Lucy sangat gembira dengan kehadirannya.

Lucy berkata dia terpanggil untuk berkongsi pengalamannya kerana mahu meningkatkan kesedaran tentang kehamilan kriptik atau kehamilan tanpa sedar. – Daily Mail

Nampak Kaki Bayi Terjuntai Ketika Buang Air Besar, Wanita Ini Tak Tahu Sedang Hamil

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker