Waspada lima penyakit menyebabkan demam, boleh bawa maut

Waspada lima penyakit menyebabkan demam, boleh bawa maut

Demam denggi berdarah, keracunan makanan selain jangkitan otak, paru-paru dan virus adalah lima penyakit menyebabkan demam serta boleh membawa maut dalam masa singkat.

Pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan berkata, bagi demam denggi berdarah, denggi akan menyebabkan platelet menjadi rendah.

“Pesakit akan mengalami pendarahan seperti muntah darah, batuk berdarah, berak berdarah dan gusi berdarah.

“Jika tidak dirawat dengan cepat, ia akan membawa maut,” katanya pada hantaran di laman Twitter beliau.

Berkenaan keracunan makanan, beliau berkata, ia akan menyebabkan pesakit muntah dan cirit-birit yang berterusan.

“Air di dalam badan akan berkurangan. Badan akan menjadi lemah. Tekanan darah akan menjadi rendah dan badan tidak mampu berfungsi dengan normal,” katanya.

Beliau menjelaskan, bagi penyakit ketiga iaitu jangkitan otak, keradangan selaput otak (meningitis) yang disebabkan oleh bakteria Nesseria Meningitis.

“Ia mudah dijangkiti melalui titisan rembesan salur pernafasan. Pesakit akan mengalami demam panas, sakit kepala, muntah dan sawan.

“Untuk jangkitan paru-paru pula, antaranya disebabkan oleh Streptococcus Pneumonia. Bakteria ini akan menjangkiti paru-paru dan seterusnya akan masuk ke dalam darah dan menyebabkan sepsis.

“Pesakit akan mengalami demam yang tinggi, batuk, selesema dan kesukaran untuk bernafas,” jelasnya.

Katanya lagi, seterusnya jangkitan virus seperti influenza, SARS, Ebola dan coronavirus akan menyebabkan demam serta sukar bernafas seterusnya boleh menyebabkan kematian.

Sementara itu, beliau menjelaskan, demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan peningkatan suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius.

Justeru, sekiranya mengalami demam tinggi, sukar bernafas dan sawan adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan doktor. K Online

Waspada lima penyakit menyebabkan demam, boleh bawa maut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker