Tok Mat cadang PRU15 pada Oktober atau awal November

Tok Mat cadang PRU15 pada Oktober atau awal November

Oktober atau awal November adalah tempoh sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), demikian kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan.

Mohamad secara peribadi melihat tempoh berkenaan adalah ideal kerana pembentangan bajet dapat diawalkan sebelum pembubaran Parlimen dilakukan.



“Ini pandangan saya, bukan perdana menteri yang cakap. Saya cadangkan kita awalkan pembentangan bajet untuk mengelak diadakan PRU pada sekitar hujung bulan November dan Disember kerana musim banjir.

“Secara lazimnya, pembentangan bajet akan dibuat pada minggu ketiga Oktober, jadi kita awalkan pembentangan bajet pada minggu pertama.

“Habis sahaja bentang bajet, kemudian bubar dan ia akan ambil masa dalam satu bulan setengah untuk PRU diadakan jadi ia masih berada pada awal dan pertengahan November.

“Banjir pun dijangka belum lagi berlaku pada waktu itu namun jika buat pada awal Oktober pun tiada masalah,” katanya menurut laporan Harian Metro.



Katanya, jangkaan waktu atau ‘time frame’ kedua selepas 30 Julai sehingga akhir tahun ini sebagai tempoh untuk BN melihat apa jua peristiwa strategik untuk parti, dan sekiranya PM bubarkan Parlimen, sudah tentu ia berada dalam keadaan mempunyai peluang atau ‘advantage’.

“Janganlah bubar, kemudian kita tidak mempunyai ‘advantage’ kerana ia seperti membuang peluru,” katanya.

Mengenai lanjutan memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik di antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH), Mohamad berkata, pihaknya menghormati tempoh MoU berkenaan yang akan tamat pada 30 Julai ini.

“Kita faham berhubung tarikh 30 Julai itu dan kita hormatinya. Kita akan lihat dulu perkembangannya sebelum merangka strategi dan sebelum ini, memanglah kita mahu PRU diawalkan namun disebabkan adanya MoU ini maka kita hormatinya.



“Namun, kita mengharapkan agar MoU itu tidak disambung agar kita boleh bebas daripada ikatan MoU berkenaan. Jika sudah bebas maka senanglah kita memberi pandangan kepada naib presiden Umno (Ismail Sabri Yaakob) untuk merangka strategi parti seterusnya,” katanya. FMT

Tok Mat cadang PRU15 pada Oktober atau awal November


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur



MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker