Bila Rafizi nak buat laporan polis surat bodoh Tommy – Najib

Bila Rafizi nak buat laporan polis surat bodoh Tommy – Najib

Datuk Seri Najib Razak bertanya bilakah Rafizi Ramli hendak membuat laporan polis berhubung surat bodoh Tan Sri Tommy Thomas yang memberi pengiktirafan kepada waris Kesultanan Sulu.

Apatah lagi, tiada seorang pun pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengaku mengetahui kewujudan surat tersebut. “Ataupun kamu masih terhutang budi pada Tommy?,” sindir beliau selepas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat itu mempersoalkan mengapa Najib belum disiasat berhubung penyelewengan dana Bank Pembangunan.



Menjawab soalan itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan menyifatkan Rafizi nampak semakin terdesak sangat, jika bukan terdesak dia bebal.

”Adoi! PM dan Menteri Kewangan tak luluskan pinjaman-pinjaman bank,” jawab Najib. Ia kerana, bank-bank ada jawatankuasa kredit dan dasar pinjaman sendiri.

Sambil memberi contoh, Najib berkata, pemilik saham terbesar Maybank adalah Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan ia di bawah seliaan Menteri Kewangan.

Pemilik saham terbesar RHB ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), juga di bawah seliaan Menteri Kewangan.



“Pemilik saham terbesar bank CIMB pula adalah Khazanah Nasional. Saya pengerusi Khazanah masa itu. Adakah saya juga perlu disiasat bagi setiap kes penipuan, kehilangan atau kerugian urus niaga bank-bank Malaysia dalam tempoh sembilan tahun saya PM? ”Kenapa kerajaan PH tak siasat semasa mereka memerintah?,” soal Najib. MG

Bila Rafizi nak buat laporan polis surat bodoh Tommy – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur



MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker