Kanak-kanak autisme hilang

Kanak-kanak autisme hilang

Tuaran: Kanak-kanak lelaki autisme dikhuatiri hilang dari rumahnya di perumahan Taman D’ Sri Gayang di sini, hari ini.

Saiful Ihsan, 8, disedari hilang kira-kira jam 5 petang oleh ahli keluarganya.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada 6.05 petang.

Katanya, sebaik menerima panggilan itu, sembilan anggota bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Pada mulanya, ahli keluarga dan jiran terdekat mencari mangsa di sekitar rumah, namun tidak ditemui.

“Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan bantuan penduduk di sekitar lokasi,” katanya. HM



Kanak-kanak autisme hilang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun



Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker