Beri Peluang Orang Muda Pimpin UMNO, Uji Mereka – Najib [VIDEO]
Beri Peluang Orang Muda Pimpin UMNO, Uji Mereka – Najib [VIDEO]
Generasi muda berkaliber untuk memimpin negara sememangnya ada, tetapi mereka perlu diberi ruang dan peluang untuk membangunkan diri terlebih dahulu, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, jika hasrat itu boleh direalisasikan, maka generasi pemimpin masa kini perlu memberi peluang semaksimum mungkin kepada golongan pelapis.
“Kita mesti memberi peluang semaksima mungkin, kita beri peluang untuk orang muda yang ada kelulusan, menjadi calon misalnya untuk jawatan-jawatan tertentu.
“Daripada itu kita boleh anggap sebagai medan ujian untuk mereka. Setiap orang perlu diuji dahulu.
“Bila dah diuji dan ujian itu dia berjaya, barulah kita boleh rasa yakin bahawa dia dapat membawa negara kita ke tahap yang lebih tinggi,” katanya baru-baru ini.
Najib, yang menerajui Kerajaan Persekutuan dari Barisan Nasional sejak 2009 hingga 2018, berkata demikian ketika ditanya pandangan beliau tentang keupayaan anak muda masa kini untuk menyambung kepimpinan negara.
Mengambil contoh kemenangan besar UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor, beliau berkata calon yang diketengahkan parti tersebut juga terdiri daripada orang muda dan berkelayakan.
Najib berkata, formula meletakkan calon muda itu ternyata membuahkan hasil apabila parti tersebut berjaya mendominasi keputusan pilihan raya kedua-dua negeri tersebut.
“Boleh kata semua, hampir semua (calon kita) berjaya dan diterima. Jadi rakyat ini sedia menerima pembaharuan.
“Dengan syarat mereka melihat pemimpin yang kita ketengahkan itu berbakat, ada kebolehan.
“Harus kita ingat konsep peremajaan parti ini ini bukan bererti kita tolak orang tua, tidak.
“Tetapi kita mesti ada peringkat perseimbangan, dan ada gabungan antara yang muda, sederhana, dan yang tua. Barulah kita mempunyai satu angkatan yang kuat,” katanya lagi.
Najib berkata, UMNO dan BN sentiasa terbuka untuk memberi peluang kepada anak muda, dan beliau secara peribadi mengharapkan lebih ramai anak muda muncul sebagai pemimpin mengikut hierarki parti seperti cabang dan bahagian.
“Tapi dalam susunan hierarki parti kita, kita harap mereka ini akan muncul juga untuk jadi kepimpinan di peringkat bahagian, peringkat nasional, kita harus cari pemimpin muda yang berbakat, yang ada kebolehan.
“Tapi saya nak tekankan, pemimpin muda itu mesti melalui saringan ujian, barulah dia boleh naik.
“Kalau naik secara mendadak, boleh jadi apabila dia sampai ke tahap yang tinggi, dia tak ada persediaan, tak ada pengalaman, akhirnya dia tak dapat jadi pemimpin yang berjaya,” tegasnya lagi.
Dalam pada itu, Najib beranggapan isu kurang keyakinan anak muda terhadap ahli politik timbul rentetan mereka yang memegang kuasa gagal menunaikan janji.
Mengambil contoh dari PRU yang lepas, beliau berkata, Pakatan Harapan berjanji akan memansuhkan hutang Perbadangan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sewaktu berkempen, namun tidak mengotakannya apabila menerajui Kerajaan Persekutuan.
“Jadi proses penghakisan ini bererti apa yang kita cakap sebagai pemimpin, mereka tak yakin. Ini cakap-cakap orang politik, tetapi apabila kita ada kuasa, kita mungkir janji.
“Jadi, kalau pada sayalah, kalau kita nak bangunkan semula keyakinan orang muda, kita mesti menjadi orang politik yang mengotakan apa yang kita kata.
“Tunaikan janji kita, biarlah kita jujur kepada rakyat, walaupun apa yang kita buat itu tidak semestinya populis, tetapi benda itu betul, dan benda itu baik untuk negara,” katanya lagi.AA
Beri Peluang Orang Muda Pimpin UMNO, Uji Mereka – Najib [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wartawan Israel siar video pengalaman curi masuk ke kota suci Mekah
- Kilang Samsung (SDIEM) dengan pelaburan RM7b wujudkan 1,300 peluang pekerjaan baharu – Ismail
- Isu Sulu: Menang mudah jika berhujah di Mahkamah Madrid
- Rafizi tahu Anwar tak popular lagi – Mahathir
- Lelaki didenda RM50,000 kerana hina Islam
- Dua tan sampah dikutip di rumah suami isteri degil
- Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol
- Lagi pelajar dakwa berdepan pemeriksaan haid di sekolah
- Tarik subsidi petrol sekarang ibarat curah minyak ke dalam api – Tok Mat
- Klasik, ikonik… NOKIA Kembalikan Nostalgia Dengan Model Legenda 8210 Yang Diperbaharui
- Saya sokong Nuramira calon tilawah Quran – mufti P Pinang
- Casing telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis
- DS Vida ‘Claim’ Jual Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun
Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur