“Kepimpinan UMNO Tak Perlu Menari Ikut Rentak Gendang” – Tok Mat

“Kepimpinan UMNO Tak Perlu Menari Ikut Rentak Gendang” – Tok Mat

Kepimpinan tertinggi UMNO tidak perlu mengikut rentak pihak luar yang sentiasa memukul gendang kononnya UMNO kini berpecah kepada beberapa kem.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, ia hanyalah sikap segelintir pihak yang sememangnya gemar mengadu domba pemimpin untuk memecahbelahkan parti.

Menurutnya, kesemua kepimpinan tertinggi parti sering mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu berkaitan parti tanpa perlu menghebahkan kepada pihak luar.

“Saya tak perasan pula ada banyak kem, tak ada (kem) pun. Dalam ucapan saya kepada ahli dan pimpinan UMNO Kedah tadi pun ada menyebut perkara ini, mereka (pihak luar) tak tahu saya selalu jumpa dengan pemimpin-pemimpin dalam parti, tak akan saya nak uarkan hari ni saya jumpa Perdana Menteri dan muat status dalam Facebook saya,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya dan pimpinan Bahagian UMNO Kedah di sini pada Sabtu.

Mohamad tegaskan, kepimpinan kerajaan yang diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kepimpinan parti yang diterajui oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sering mengadakan perjumpaan dan berbincang mengenai masalah berbangkit.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sebuah portal berita berhubung kemungkinan UMNO berpecah kepada tiga kem selepas pendedahan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berhubung tikam-menikam dalam parti Melayu itu.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu sebelum ini mendedahkan beberapa perkara antaranya cubaan Mohamad untuk menjatuhkan Ahmad Zahid dalam satu pertemuan dengan pemimpin-pemimpin lain pada Mei lalu.

Berdasarkan laporan portal berkenaan, penganalisis politik daripada Universiti Teknologi Mara, Mujibu Abd Muis berkata, pendedahan itu mengesahkan perang saudara dalam parti Melayu terbesar itu dan bakal membentuk kem baharu.

Mohamad sebaliknya enggan melatah dengan tuduhan dilemparkan selain menyifatkan hanya kepimpinan dalam parti itu yang mengetahui perkara sebenar.

“Orang nak panggil kem siapa-siapa biarlah. Asalkan kami tidak terikut-ikut dengan dakwaan itu. Bak kata orang, kita tak menari ikut apa yang mereka pukul gendang. Kami relaks saja,” katanya lagi.-SH

“Kepimpinan UMNO Tak Perlu Menari Ikut Rentak Gendang” – Tok Mat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker